saya bersyukur...

utk isteri yg kata "kita makan roti je mlm ni ya"
sbb itu bermakna dia ada di rumah dgn saya
dan bukannya di luar rumah dgn lelaki lain

utk suami yg asyik duduk depan TV
sbb itu bermakna dia ada di rumah dgn saya
dan bukannya duduk melepak di kedai kopi

utk anak perempuan yg merungut kena buat kerja rumah
sbb itu bermakna dia ada di rumah
dan bukannya berkeliaran di jalanan

utk cukai yg saya perlu bayar
sbb itu bermakna saya mempunyai pekerjaan

utk rumah yg perlu dikemas selepas kenduri
sbb itu bermakna saya dikelilingi oleh sahabat dan taulan

utk pakaian yg dah sempit
sbb itu bermakna saya cukup makan

utk rumput di halaman yg perlu dimesin
tingkap yg perlu dicuci, dan longkang yg perlu diperbaiki
sbb itu bermakna saya mempunyai rumah

utk semua komplen yg saya dgr ttg kerajaan
sbb itu bermakna kita mempunyai kebebasan utk bersuara

utk tempat parking yg saya dpt nuuun jauh di hujung sana
sbb itu bermakna saya mampu berjalan dan dikurniakan kenderaan

utk bil aircond yg tinggi
sbb itu bermakna saya dpt rasa sejuk sikit

utk jiran belakang rumah yg menyanyi sumbang
sbb itu bermakna saya dpt mendengar

utk timbunan pakaian yg perlu dibasuh dan digosok
sbb itu bermakna saya mempunyai pakaian utk dipakai

utk keletihan dan kesakitan otot pd hujung hari
sbb itu bermakna saya mampu bekerja keras

utk alarm yg berbunyi awal pagi
sbb itu bermakna saya masih hidup...


bersyukurlah...