makcik terima artikel ni dr. inbox email makcik.

ada sahabat yg nak kongsi cara merebus telur tanpa perlu risau sama ada telur tersebut terlebih masak atau tak cukup masak.

langkah 1:
letakkan dua keping tisu di dalam rice cooker dan percikkannya dgn air.

langkah 2:
masukkan telur.



langkah 3:
tutup periuk dan tekan butang utk memasak (Cook).



langkah 4:
tunggu sehingga butang Cook tadi melompat (tanda dah masak lor).
lepas tu, turn off letrik.
jgn biarkan telur tu lama2 dlm rice cooker tu lepas masak.
kecuali jika anda mahu kuning telurnya lebih keras.

langkah 5:
nah, dah siap.



pengirim email ni kata, cara rebus telur cenggini lebih cepat drpd cara biasa. ini kerana air yg dipercikkan pd tisu tadi akan berubah menjadi stim (wap) dan termampat di dalam rice cooker utk merebus telur tersebut. anda boleh mengupas kulit telur tersebut dgn sgt mudah. kuning telur akan menjadi sgt elok, tidak terlalu kering. apa yg best-nye, anda x perlu langsung membasuh periuk berkenaan.

makcik: x pernah cuba lg...