parents dtg menziarah
Monday, May 17, 2010 8:26 pm
Posted by Unknown
yg baju kotak2 tu noi, takut sgt kat rusa2 tu
may 17, ahad baru ni, keluarga kami didatangi oleh mak, abah & adik perempuan makcik dari klang. mereka bertolak dari taman sri andalas, klang pd jam 6.45 pagi. mereka tiba di rumah kami dlm lebih kurang pukul 9 pagi. selain daripada nak menziarahi keluarga kami, mak makcik teringin nak jalan2 ke pasar minggu temerloh yg famous tu. makcik sering bercerita kpd mereka ttg betapa panjangnya pasar tersebut dan betapa byknya brg2 yg dijual. mak makcik nak beli ulam-ulam dan sayur kampung yg dikatakannya payah nk ditemui di klang. selain itu, mereka juga nak merasa ikan patin masak asam tempoyak. mereka juga membawakan sedikit udang dan ikan yg abah tangkap minggu lepas. abah makcik mmg suka ke sungai cari lauk sbb itulah pun kerjanya sejak sekolah hingga pencen. masa sekolah dulu abah cari udang utk tampung belanja keluarganya. selain kerana minat, abah ke sungai/ laut utk dapatkan lauk fresh.
sejak adik perempuan makcik, noy, boleh memandu, kebanyakan journey dialah yg memandu. dpt lah abah berehat di sebelah. setibanya di rumah kami, makcik terus bawa mereka dengan myvi buruk kami ke pekan sehari temerloh. tapi sebelum tu makcik bawa mereka menikmati sarapan menu pantai timur seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, nasi minyak, dan laksam di paya pulai. mak makcik order nasi kerabu, abah makan nasi dagang, noy minta laksam n makcik makan meehoon goreng.
di pekan sehari, mak makcik begitu teruja dgn pelbagai ulam dan sayur kampung yg ditemui. beliau membeli ulam pucuk gajus, anak pokok gajus, buah bacang dan ikan sungai salai. ikan patin & talapia mak x beli sbb katanya dia x pandai nak masak ikan sungai. makcik pulak beli sepiring telur ikan tenggiri.
kemudian, kami pusing2 bandar temerloh. dlm lebih kurang pukul 11 pagi, kami balik ke rumah makcik. kakak sdg masak gulai masam tempoyak ikan patin & ikan talapia bakar. selain tu kami sediakan dadih yg kakak buat sejak pagi. dalam pukul 12 pm, dah siap sume masakan. ada gulai masam tempoyak ikan patin, ikan talapia bakar, kerabu mangga, taucu lada, sambal hitam, gulai lemak telur ikan - sementara menunggu zohor. makcik dan mak baring2 sambil berbual2.
usai solat zohor, kami pun ngap! :D. mak & abah makcik diabetec, jadi dia orang lebih banyak meratah ikan bakar. samalah macam noy yang kununnya asyik nak jaga badan!
lepas makan, adik kakak datang utk pulangkan kunci SOHO sbb malam sebelumnya mereka bermalam di SOHO kami. selepas mereka bertolak ke kuantan, makcik sekeluarga terus ajak parents & noy ke deerland, kuala gandah, lanchang. makcik excited sgt nak share pengalaman bermesra dgn rusa dgn mereka.
sebelum bertolak ke gandah, whereby makcik naik kereta abah makcik, makcik 'bawa' mereka utk melihat SOHO sbb mereka masih belum ke sana. selepas tu, kami terus ambil highway ke lanchang. asben, kakak & harith dah tunggu dlm crv di pertengahan jalan ke jerantut. 2 kereta off to gandah. setibanya di gandah, kami pun explore haiwan2 yg ada di sana. parents makcik bagi makan rusa dari luar pagar jer, x masuk pun. noy masuk, tapi penakut sgt nak suap rusa2 tu sbb sume rusa berkerumun. habis tudung & baju makcik kena 'makan' dek rusa bila makcik lambat bagi makan keledek, tapi makcik sonok sgt!!!
selepas selesai melihat haiwan2 lain seperti merak, kuang, puyuh, ular, arnab, hamster, dan beruang, cuaca tiba2 mendung dan seakan-akan hujan akan turun. kami pun cepat2 keluar. selepas bersalam-salaman, kami pun naik kereta masing-masing. abah, mak & noy off to klang, makcik, asben, kakak & harith off home :)
letih sgt... tp seronok melayan keluarga.
This entry was posted on 8:26 pm, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8:45 pm, May 17, 2010
salam ummi..wow seronok bila keluarga berkunjung tambah2 yg datang jauh. makcik juga suka kepasar yg menjual ulam2 n sayur2 kampung..bila makan nasi dgn ulam ni bertambah n cepat naiklah badan nanti..
11:01 pm, May 17, 2010
bestnyer bila bsama family ya.
makcik duk temerloh area mane? ngeee
11:32 pm, May 17, 2010
salam kak..
alhamdulillah
keluarag datang ziarah
anak perempuan mereka
mesti gembira..
6:08 am, May 18, 2010
Salam..
Bergumbira makcik :)
9:22 am, May 18, 2010
piewahid,
best la dgn family
mereka kan org2 yg kita sayang
kat temerloh ni,
makcik duk area suburbs :)
9:24 am, May 18, 2010
salam zul,
ye, mmg gembira
dpt tunjuk life temerloh kat demeh.
:)
9:25 am, May 18, 2010
salam makcik yam,
seronok sgt, makcik.
wpun x cukup kuorum sbb adik lelaki x dpt dtg
errr...
makan ulam, badan leh cepat naik ke?
9:26 am, May 18, 2010
salam abd razak,
gumbira wpun cuma sehari
:)
3:11 pm, May 18, 2010
salam ummi..singgah lagi..makan ulam badan cepat naik sebab makannya bertambah..tambah2 kalau ulamnya dimakan dgn budu siap dgn ikan bakar..hehe..pendek kata 2/3 pinggan nasi ..
8:49 am, May 19, 2010
salam makcik yam,
singgah la bila2 masa jer... :)
aaa... ummie kurang minat ulam
lepas kawen baru belajar mkn sayur :)
kalu ada sardin & telur goreng dadar,
boleh ummie makan byk :)
7:59 am, May 20, 2010
tumpang happy...
selebihnyer tumpang LAPAR dengar lauk pauk yang dimasak kakak
arghhh!!!
p/s - dah beso noi yer.. nilah pertama kali nengok dia as anak dara :)
2:31 pm, May 20, 2010
za,
tengkiu tengkiu.
lapar?
eleh, mcm la ko xleh masak cenggitu
kalu nok yg pahang nyer...
meh la dtg sini :)
kita lama sgt dh x jupe, za.
adik2 ko pun aku stakat tgk dlm foto fb ko tu jer
dah beso masing2.