kotor VS najis
Friday, February 19, 2010 2:24 pm
Posted by Unknown
just a very short n3 from me. entah kenapa tetiba tfikir ttg "najis" dan "kotor". kebanyakan kita, malah tmasuk jgk makcik once upon a time secara umumnya mkategorikan najis dan kotor sebagai 2 perkara yg sama. namun begitu, asben makcik telah pun menerangkan bhw kedua-duanya adalah berbeza. dr segi logiknya bila difikir²kan, mmg bbeza. jika dilihat dr segi hukum jg, masih berbeza. makcik paste-kan 1 artikel yg makcik jumpa drpd web jakim. semoga ada manfaatnya. wallahu'alam.
HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM
Kategori: TOHARAH Najis
Tajuk: Membersihkan Najis Mukhaffafah
HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM
Kategori: TOHARAH Najis
Tajuk: Membersihkan Najis Mukhaffafah
Hadith:
Dari Ummu Qais binti Mihsan katanya: "Dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan anak lelakinya yang belum makan sesuatu selai dari susu ibunya; ketika anak itu dalam pangkuan Nabi s.a.w, ia terkencing. Berkata yang meriwayatkan hadith ini dari Ummu Qais, bahawa Rasulullah s.a.w tidak lebih dari memercikkan air ke tempat yang terkena kencing itu." (Muslim)
Huraian:
Islam menggalakkan kebersihan. Bersih meliputi semua perkara termasuk tubuh badan, pakaian, tempat, makan minum dan hati. Bersih bukan sahaja daripada najis bahkan juga kotoran dan segala pemandangan yang tidak menyenangkan, apatah lagi yang menyakiti. Tiap-tiap yang kotor (tidak bersih) itu tidak semestinya najis tetapi sebaliknya tiap-tiap yang najis itu adalah kotor (tidak bersih). Umpamanya pakaian yang terkena Iumpur, kopi atau kicap adalah kotor (tidak bersih). lanya tidak najis tetapi pakaian yang kotor. Najis Mukhaffafah ialah najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu ibunya sahaja. Jika kanak-kanak itu makan atau minum selain susu ibu seperti susu tepung, maka air kencing kanak-kanak itu tidak lagi dianggap sebagai najis mukhaffafah bahkan ia adalah najis mutawassitah. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merenjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
URL: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1497
This entry was posted on 2:24 pm, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3:48 pm, February 19, 2010
salam shima. tq kerana share info dengan semua. sangat berguna.kadang2 kita rasa kita tahu tapi rupa2nya bila baca baru kita tahu..pusing2 ke...
7:08 pm, February 19, 2010
kem salam kat asben yak. ngeeee!
8:16 pm, February 19, 2010
Salam Cikgu shima
memang ada beza,antara 'kotor' dan 'najis' ni. Iyalah bila membabitkan bab taharah,ia perkara asas dalam ibadah kita..
10:28 pm, February 19, 2010
salam makcik yam. alhamdulillah, baguslah jika n3 saya tu ada manfaatnya. itu mmg confusion biasa jer tu. biasalah, kita manusia biasa. (",)
10:28 pm, February 19, 2010
salam piewahid. asben kata waalaikumussalam warahmatullah. ngeee!
10:29 pm, February 19, 2010
salam, qaseh.
terima kasih sudi ziarah blog makcik. makcik ni bknnye cikgu. surirumah biasa jer. perkara asas spt taharah tu la yg mjadi confusion kebanyakan org² kita. wallahu'alam.
4:52 am, February 21, 2010
kotor ke najis ke, dua2 boleh di cuci..kan kansss.. ? :)
3:30 pm, February 21, 2010
yes, kak zie. even mughalazoh pown leh cuci. tapi, betul tak kalu makcik kata, sume najis xleh bwk solat, certain kotor leh bwk solat?
11:38 pm, February 22, 2010
bila terbaca keterangan dr Jakim tu, naz teringat masa blajar masa sek2 dulu... kalau x silap usia bayi lelaki tu kena bawah 3 tahun kan?
8:51 am, February 24, 2010
salam, naz. thanks for dropping by. utk air kencing bayi lelaki berstatus najis mukhoffafah (najis ringan), bayi tersebut hendaklah berusia maksimum 2 tahun dan tidak pernah minum susu formula. wallahu'alam.
10:13 pm, February 27, 2010
ye betul tu..kekeotoran tidak semestinya najis tp najis semestinya kotor..
kalau pakai baru yang tak basuh dianggap kotor sbb peluh dan berbau.sama juga jika hingus..kira menjijikkan..namun bukanlah dlm katagori najis..
:)
8:11 pm, March 02, 2010
syahbandar: thanks 4 dropping by. begitu jg dgn kari yg tumpah ke baju. ianya kotor, tp tidak najis. cuci sekadar prlu, tp masih boleh dibawa solat jika masih ada kesan warna dan/atau bau. wallahu'alam.