hukum tahlil menurut mazhab imam Syafie
Wednesday, February 03, 2010 4:14 pm
Posted by Unknown
mungkin ada, mungkin tiada di antara kita yg pernah tdgr ttg hukum sebenar bertahlil. di sini makcik paste-kan seluruh artikel yg makcik ambil dr web syifa-alhidayah. sama² kita kongsikan jika ada manfaatnya. wallahu'alam.
HUKUM TAHLIL MENURUT MAZHAB IMAM SYAFIE
(BENARKAH KITA BERMAZHAB SYAFIE ATAU BERMAZHAB ORANG TUA-TUA?)
MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT
BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada ayat-ayat al-Quran yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang Islam.
Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam sama ada yang benar-benar mengikut mazhab Imam Syafie atau mereka yang hanya mengikut-ikut sahaja. Adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak pendapat di kalangan ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju dengan amalan bertahlil dan doa selamat.
Terdapat juga ulama-ulama yang berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran al-Quran (pada surah an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi serta para sahabatnya).
Di bawah ini penulis cuba membawakan sebahagian daripada pendapat ulama Safiyah berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadith. Pendapat tersebut juga merupakan pegangan kuat bagi penulis.
1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah & Ulamak-Ulamak Imam Syafie.
Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu,
"Adalah, bacaan al-Qur an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri".
Serta dalam sebuah sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati".
(an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu, Syarah Mazhab ada mengatakan:
"Adalah, membaca al-Quran dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut Jumhur Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim." (as-Subuki, Taklimatul Majmu , Syarah Muhazab: juz 10,hal; 426)
Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.
2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata sebagai:
"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri". (Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)
3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata:
"Rasulullah SAW telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain". (Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)
4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan:
"Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada mayat yang dikirimkan." (Al-Khazin, al-Jamal: Juz 4, hal; 236)
5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut:
"Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha orang lain". (Tafsir Jalalain: juz 2, hal; 197)
6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Quranil Azim telah menafsirkan surah an-Najm ayat 39 sebagai, "Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah an-Najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat).
Baginda juga tidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut. Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Quran dan sunnah Rasul SAW dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama.
Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang menyentuh tentang amalan bertahlil dan pengiriman pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu, ternyata pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan mempunyai satu pandangan yang teguh iaitu mengirimkan pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati adalah tidak akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.
Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan tersebut tidak akan sampai kepada si mati. Jadi, segala amalan yang dilakukan seperti itu merupakan satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam amat melarang umatnya dari membazir.
Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil adalah dari firman Allah SWT di dalam surah an-Najm ayat 39 dan melalui hadith nabi SAW yang menerangkan bahawa apabila seseorang manusia itu mati, segala amalannya di dunia telah terputus kecuali tiga keadaan iaitu, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya. Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil dan doa selamat, kini timbul pula masalah lain iaitu di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut, "Allahumma ausil tsawaba ma waranahu ila ruhi fulan".
Maksudnya,
"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh si Fulan".
Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama telah bersepakat, pengiriman pahala melalui bacaan tidak akan sampai kepada roh yang dikirimkan kerana ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah an-Najm ayat 39.
Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini amat canggung di sisi Islam. Mana tidaknya, bertahlil atau mengirimkan pahala melalui bacaan kepada seseorang mayat merupakan satu perbuatan yang melanggar syariat Allah, tetapi kemudian dimohon pula agar tahlil tersebut diberikan pahala dan pahalanya pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh si Fulan. Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?
Petikan dari Uwais Al-Qhorni.
12:23 am, July 19, 2010
Salam, Seems there are many discourse on the subject matter. Near Yaumul Kiamah people seem to disagree on good practices...mokering one another. In my view please refer to Hadith reported by Ayesha R A...regarding whether giving alms for the dead will benefit the dead(rewarded)... The Prophet PUBH replied "Yes" see Maulana Fazlul Karim (Vol 1 No 18 at pg 188). And similar Hadith Vol 1 No.11 at pg 184)....to pray for them and seek forgiveness for them....through those who are not connected with you but through them and to honour their friends. Seems if Tahlil for the dead is useless...why do we still give our salam to the Prophet and the Salihins who is already dead in our tahyat prayers..."Salamulaika Aiyuhan Nabi Yu...". My question is does it reach him? The simple logic is if it does then so is the tahlil. prayers....alsegaff
1:08 am, July 19, 2010
Please refer to Hasyr [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmat mu...alsegaff
7:20 am, August 01, 2010
Agame x bole megikut logik akal sepenuhnye...
2:17 am, August 03, 2010
Kalau gitu kita ni sama je dengan lembu yang di kahabarkan dalam surah baqarah...LOL.....takda lah beza manusia dengan haiwan....yang dikhabarkan diatas bukan logik but supported by hadith and quran....just need u to use a little logic thats all..tak nak logic pon boleh...pasal benda dah ternyata...menyuluh dalam gelap senang.... boleh nampak tapi bila menyuluh dalam terang....susah....fikir fikir lah...
11:49 pm, August 24, 2010
good info
11:40 am, May 10, 2011
aslkum.. my humble-and-lack-of-resources opinion is like this..
1. tahlil is wrong (the prophet never did it).
2. the idea of the dead will receive the pahala from our amal (quran, zikr) is also wrong (except for amal from our own children).
3. but we can (and we are encouraged to) pray/doa to allah for the wellbeing of the dead in the kubr and in the hereafter.
tq.
p/s: on the day of judgment, i will be held responsible by allah to every single action that ive done.
so, as far as 'IBADAH' is concerned.. it is very wise for me to 'play it safe'. which is..
"only do what the prophet have taught or have done and NEVER, NEVER, NEVER try to 'gamble my neck' by doing any thing that is never taught or done by the prophet". -play safe, stay safe :)
9:06 pm, June 23, 2011
dah terisi dalam qur"an masih nak menolak lagi,telah berkata imam imam selepas sahabat bab kebenaran tentang tahlil,tak pernah dilakukan oleh seorang para sahabat pun,dan nabi Muhammad s.a.w tu sebaik baiknya pentunjuk yg disuruh jadi ikutan.apalagi yang perlu saudara saudara komen.tepuk dada tanya selera,belajarlah dulu mcm mana seseorang batal islamnya bila menolak sunnah dan kitabbullah............
11:02 pm, July 22, 2011
orang dahulu nak galakkan orang baca al-quran... 1 cara ialah dengan bertahlil dan baca yasin.. kalau tak takde sape nak buat..
atau
maybe zaman dahulu ada pedagang yang nak melariskan barang mereka.. jadi mereka timbulkan idea kenduri tahlil ni.
baru laku barang..
tapi sekarang ni kita dah jadi masyarakat berilmu. patutnya pemimpin cadangkan berhenti/kurang buat tahlil ini untuk kurangkan harga barang. kurangnya permintaan utk buat kenduri bererti kurang demand brg2 dapur
BERSEDAKAH ADALAH LEBIH BAIK DARI BERI ORANG SURAU YANG KENYANG MAKAN
7:22 pm, May 26, 2012
KALAU SOLAT MAYAT TUJUANNYA UNTUK APA?
6:45 am, August 03, 2013
Kurang lengkap dalil nya,coba maen kesini dulu sebelum berhujjah
http://www.tebuireng.org/view/302/hukum-tahlilan-dan-yasinan.html
11:04 am, February 11, 2014
lepas selesai urus jenazah balik tidur senang je x ada masalah ,dosa pun x de , sbb tak mengata org tak buat bid ah and some thing
11:14 am, February 11, 2014
tahlil tu kan doa ,isthigfar and some thing, kan ada dlm Quran Allah surh kita berdoa kpd sau dara kita yang yg dah pergi tak kembali lagi , amalan dan taqwa jadi bekalan,bahagia pulang ke sana.
( Wallazi na yaquluna rabbanaghfirlana zunubana waliikhwaninallazina sabaquna bili-maan........)
baca dan fahami alQuran dengan mendalam ......
Org Islam asyik duk bincang soal khilaf and the other no thing and thing thing ni lah yang menjadi meundur yang memberi ruang yang seluas-luasnya pada musuh memusnahkan agama islam dan umatnya...
sedih sekali ...
Allahhummaghfirlana zunubana.........
10:21 pm, September 20, 2016
TAHLIL AMALAN DAN DALIL-DALILNYA
Tahlil: Menurut istilah dalam perspektif Al-Quran dan As-Sunnah ialah bersama-sama mengucapkan kalimah-kalimah tauhid dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Majlis bacaan tahlil pada hakikatnya adalah suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat, dengan membaca kalimah-kalimah tayyibah seperti tahmid, takbir, tasbih, selawat dan doa-doa memohon keampunan dari Allah untuk mereka yang masih hidup dan yang telah wafat, agar dirahmati dan dikurniakan oleh Allah Subhanahu-wata’ala segala kebaikan. Dan pada intinya, majlis tahlil adalah majlis berdoa yang biasanya dilakukan sejumlah orang atas kematian atau untuk mengingati kematian seseorang yang dikasihi samada di kalangan keluarga sendiri, sahabat handai atau pun di kalangan masyarakat Islam yang lain umumnya.
Disini dapat kita faham dan simpulkan bahawa tahlil mengandungi antaranya ayat-ayat Alquran, selawat keatas Nabi Muhammad ﷺ dan doa-doa.
Tahlil mula disusun dan diamalkan oleh ulama-ulama sohor di Hadhramaut,Yemen pada Abad ke-4 Hijrah dengan mengumpul zikir-zikir dari hadith-hadith Nabi ﷺ. Sesiapa yang mengatakan bahawa Tahlil dilarang oleh Imam Syafie; adalah suatu pembohongan, kerana Imam Syafie hidup pada Abad ke-2 Hijrah. Meskipun pada asalnya Tahlil adalah harus kerana tiada nas yang nyata dalam amalan tahlil, ini bukanlah bererti kita tidak mendapat apa-apa manfaat bila melakukannya, kerana kandungan tahlil itu adalah himpunan zikir dan doa, dan ini merupakan sebahagian dari tuntutan agama. Yang menjadi salah ialah campuran dan pergaulan yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan di majlis Tahlil. Dalam majlis yang sebegini suci perlu berakhlak tinggi sambil menjaga pakaian dan aurat, dan memohon keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.