solat tanpa telekung pulok...
Friday, January 29, 2010 4:30 pm
Posted by Unknown
---
“Ummi dah masuk waktu maghrib ni kan.” Mizi memberitahu Umminya.
“Em...kita pergi solat dulu k. Nanti jumpa balik kat depan McDonald tu.” Ummi memberikan arahan ringkas kepada anak-anaknya. Mereka berpisah di hadapan kedai jam setelah bersetuju berkumpul semula selepas selesai solat Maghrib. Usai Mizi dan Halim mengerjakan solat Maghrib di surau dalam pasaraya itu mereka terus menuju ke arah McDonald. Kelihatan Aisyah sedang berborak dengan seseorang. Dari sudut belakang kelihatan seorang muslimah bertudung labuh.
“Kawan Asiyah barangkali” bisik hati Mizi.
“Assalamua’laikum.. amboi rancak berborak.” Mizi memberi salam melihat mereka berdua asyik berbual.
“Wa’alaikumussalam..” keduanya serentak menjawab salam Mizi.
“Kenalkan ni kawan Aisyah. Nama dia Sakinah. Dia senior Aisyah kat Maktab Mahmud dulu.. Sakinah, ni la abang Aisyah, Tirmidzi nama dia.” Aisyah memperkenalkan kawannya. Sakinah tersipu-sipu malu, beliau menundukkan pandangannya. Sakinah yang berjubah dan bertudung labuh warna hitam itu duduk berhadapan dengan Aisyah. Matanya hanya menghadap Aisyah tanpa menoleh ke arah Mizi mahupun Halim yang berdiri berhampiran.
“Oh... Sakinah. Selamat berkenalan. Eh... Ummi tak selesai lagi?” Mizi cuba mengalih topik. Mizi diri berhampiran dengan meja perbualan Aisyah dan Sakinah.
“Ummi tengah bersiap kot. Ramai sangat orang kat dalam surau tu, dah la sesak. Telekung pun tak cukup, kasihan Sakinah terpaksa tunggu Ummi dia sebab berkongsi telekung dengan Ummi dia.” jawab Aisyah.
“O... Aisyah dah solat belum?” soal Mizi kepada adiknya.
"Dah la. Kalau tidak mestilah Aisyah duk dalam surau lagi.” Aisyah pelik dengan soalan abangnya itu.
“Eh, cene Aisyah solat kalau tadi kata telekung tak cukup?” Mizi menyoal umpama polis pencen, soalannya kelihatan seperti tidak mempercayai kata-kata adiknya yang telah solat.
“La... Aisyah solat ceni jela.” sambil melihat jubah labuhnya itu.
“Sakinah pun patut solat cam Aisyah jer. Kan yang penting kita ada wudhu’ dan tutup aurat jer, betul tak Mizi” tiba-tiba Halim menyampuk dari belakang Mizi.
Sakinah tergamam mendengar pernyataan Halim, beliau menjeling Halim, seorang pemuda yang sama tinggi dengan Mizi tetapi berlainan dari segi pakaian, jika Mizi berseluar slack hitam singkat di bahagian bawah melihatkan buku lalinya Halim pula berseluar jeans baggy dan berjersi warna kuning terang. Pakaian budak-budak hip hop zaman sekarang. Sakinah merasakan pemuda yang menegurnya tadi adalah kawan Mizi.
“Tapi.. er… Ni hal muslimah. Mungkin anta tak tahu.” Sakinah membalas hujah Halim kerana beliau rasakan teguran Halim tidak berasas. Tapi beliau tidak sedar ayatnya itu melibatkan kawan yang berada di hadapannya.
“Eh.. Tak la, Aisyah rasa maksud Halim…” Aisyah cuba membetulkan kekeliruan Sakinah.
“Telekung tu kan kehendak, bukan keperluan.” Halim membalas selamber sambil melihat pakaian Sakinah yang bertudung labuh dan berstokin itu.
Mizi hanya mendengar hujah sahabatnya itu, beliau tidak sangka sahabatnya menjawab dahulu sebelum beliau cuba memberi penjelasan dan pandangan beliau secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat nafikan pemahaman Halim dalam hal ini. Mizi mendiamkan dirinya.
“Maksud Halim… Aisyah rasa kalau kita dah rasa kita tutup aurat dengan sempurna, boleh je terus solat tanpa telekung. Betul tak bang?” Aisyah menjelaskan apa yang beliau faham. Mizi tersenyum lebar mendengar kata-kata mereka.
“Kalau macam tu baik ana pergi solat dulu” Sakinah memahami penjelasan Aisyah tadi. Beliau cuma berasa malu kerana prejudis dengan pemuda yang menegurnya tadi. Beliau segera bersalam dengan Aisyah dan meminta diri.
“Ana minta maaf dan terima kasih atas pencerahan tadi. Ana minta diri dulu Assalamua’laikum.” Sakinah menghadap ke arah Halim memohon maaf, matanya tertumpu pada lantai restoran tersebut dan selepas itu beliau berlalu pergi.
“Err... Wa’alaikumussalam... Ana..” Halim tidak sempat membalas pernyataan Sakinah kerana muslimah tersebut telah pun berlalu pergi. Halim melihat Mizi. Mizi senyap sejak Halim bersuara, Halim lihat beliau seperti memikirkan sesuatu.
Halim menepuk kuat bahu kanan Mizi. “Woit! Mizi, mimpi moon ke?”
“Aduh! Ko ni,agak-agak ar.” Mizi seumpama terjaga dari tidur. Beliau terbangun dari menilai keperibadian Sakinah yang dirasakan sukar ditemui dalam diri remaja-remaja lain yang dikenalinya kini.
“Pelik aku... kalau rasa pakaian tak cukup sempurna tutup aurat, barulah pakai telekung, kalau da rasa tutup aurat sempurna, watper mesti nak pakai telekung. Betul tak Mizi?” tanya Halim.
“Emm...” Mizi hanya mengangguk tanda setuju. Beliau menghembus nafas syukur kerana pernyataan Halim itu mungkin boleh membuatkan Sakinah terasa hati jika mendengarnya.
“Naper minah tadi kejap kata nama dia Sakinah kejap bahasakan diri dia Ana. Mana satu panggilan dia?” Halim menyoal kemusykilan.
Mizi dan Aisyah tidak dapat menahan gelak mendengar soalan Halim tersebut. Dalam pada itu seorang wanita berniqab menghampiri mereka.
“Ha... Ummi da sampai” telunjuk Aisyah lurus membelakangi Mizi dan Halim, kedua mereka menolehkan pandangan.
“Amboi, apa yang buat anak-anak Ummi ni gembira sangat ni em? Dah jom balik, Abi kamu dah tunggu kat rumah tu. Jom.” kata Ummi.
Mereka berempat berlalu pergi dari McDonald ke arah lif berhampiran.
“Ilalliqa’ Sakinah, insyaAllah” bisik hati Mizi.
6:07 pm, January 29, 2010
haah, fda dulu pon pikior gok cam gitu! kalo x de telekong x leh solat, tp da belajor tinggi sikit
( x la setinggi pokok kelapa) barulah fham, dan mmg x de alasan x bsolat kalo x de telekong, atau telekong x cukup, atau telekong baunya acem...sbb mmg dah di permudahkan segalanya......syukur!
8:16 pm, January 30, 2010
Rafidahcome: sama la mcm makcik. masa muda2 dulu mmg terikat sgt dgn nk btelekung masa solat. dah lah telekung kat surau/masjid mcm2 saiz. kecik sgt, beso sgt. agaknya masa kita dh tua2 ni la Allah bukak hati utk tau bahawa Islam itu mudah, tp bkn utk kita permudah-mudahkan. wallahu'alam. thanks for dropping by.
7:23 pm, February 01, 2010
SHI, mmg betul typical m'sian like that...sy kt abu dhabi, dubai qatar, rata2 time solat xder sibuk dorang bertelekungnye..pastu kat mall time solat ade imam dtg kt surau dlm mall.kita ni siap ler bagai bwk beg isi telekung dorang terus solat pki jubah gitu aje..satu kemestian surau dlm mall dan imam disediakan. besh kan gitu
8:28 pm, February 01, 2010
sashahmad1972: thanks for dropping by. makcik kalu solat d surau d sunway pyramid, sokmo leh nampok arabs (not sure dr mana sbb kalu kt sunway pyramid tu mmg mudoh sgt nok nampok demeh tuh) solat rilek jer pakai juboh, bukak niqob, xyoh susoh2 carik telekung. imam tu, mmg x dapek la kt mall kt mesia ni. surau masjid pun kdg2 senyap gitu jer xdek imam, xdek bilal.
3:27 pm, February 16, 2010
Yang penting tutup aurat dan tak der najis pada pakaian kita, Mak Cik kan...
2:19 pm, February 19, 2010
miecyber: betul tu, betul. in fact, "najis" & "kotor" pun ada very thin line in between yg ramai org kita x tau... (",)