dah lama sebenarnya isu solat tanpa sejadah ni makcik nak sampaikan kpd... errr... kalu boleh sume umat Islam, ESPECIALLY us typical malaysian Muslims. kebanyakan org, ESPECIALLY org2 lama menganggap solat dgn sejadah itu satu keperluan. apa pun, bacalah posting di bawah, makcik copy & paste dr blog blogger lain. wallahu'alam.

---

“Mizi,ko ada sejadah tak, aku tak solat lagi ni.” tanya Halim kepada Mizi.

“Takdela Lem, solat jela atas lantai tu, hehe” respon Mizi simple. Pandangannya masih tertumpu pada screen komputernya.

“Lo...ko solat cene sebelum ni ? Sejuk ar lantai simen ni.” Halim mengaru kepalanya yang tidak gatal. Beliau menyangkakan Mizi cuba berseloroh dengannya.

“Oh..aku solat atas lantai jer. Kalau nak karpet tilam pergi masjid ler.haha” lawak Mizi tidak membantu Halim yang ingin mengerjakan solatnya di hujung waktu.

“Ek eleh..poyo ar... Ha! Tu sejadah.” Mata dan jari telunjuk Halim tertumpu pada alas meja studi Mizi.

“Oh..lupa plak.hehe” Mizi hanya mampu tersenyum apabila beliau terlupa akan perbuatannya menjadikan sejadah sebagai alas meja studi selama ini.

Mizi segera mengalihkan laptop dan buku-bukunya ke atas katil dan menyerahkan sejadah itu kepada tetamunya, Halim.
“Hish..pelik ko ni.” Halim mengambil sejadah tersebut dan segera menunaikan solatnya.

Halim merupakan tetamu Mizi petang itu. Rakan karibnya itu menziarahi Mizi di rumahnya. Tirmidzi atau panggilan ringkasnya Mizi merupakan kawan sekolah Halim sejak di sekolah rendah, maka tidak hairan hubungan mereka bagaikan adik beradik. Kedatangan Halim petang itu memang mengejutkan Mizi, sudah hampir 1 tahun mereka tidak ketemu.

************************************************************************

“Naper tak solat jama’ jer dalam perjalanan tadi Lem.”Mizi menyoal ringkas. Beliau musykil sebab Halim menunaikan solat Asar.

“Malas..hehe” Halim tersenyum. Beliau merasakan dirinya masih gagah walaupun menempuh perjalanan berjam-jam dari Johor.

“Aik, sejadah dah guna nak buat harta ker?” petanyaan sinis Mizi apabila Halim meninggalkan tempat solatnya tadi tanpa menyerahkan semula sejadah yang digunakan.

“Haha...” Halim tertawa kecil dan beliau segera kembali ke tempat solatnya tadi, beliau membongkok sambil mengambil sejadah yang digunakannya tadi.

Mizi tersenyum melihat Halim dengan seluar baggynya yang melondeh itu. Teringat beliau pakaiannya sebelum menjejakkan kakinya ke dalam universti. Masa berlari begitu pantas, kini beliau hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum layak bergelar graduan.

“Nah..pelik ar ko ni, ada sejadah, tapi nak solat kat lantai sejuk ni jugak. Pastu sejadah guna buat lapik meja, Nikmat Allah bagi tak guna.haha” gurauan Halim tepat menerjah Mizi. Beliau baring di atas katil Mizi sambil melihat Mizi yang khusyu’ mengemas biliknya.

“Hehe..samela kita.” respon Mizi ringkas, tangannya sibuk menyusun perhiasan meja studinya supaya kembali kepada keadaan asal.

“Eh..pe plak sama?” Halim termanggu mendengar balasan Mizi sambil mengerutkan dahinya.

“Yela, solat Jama’ Qasar pun nikmat Allah Ta’ala bagi gak, tapi tak ramai yang nak guna. hehe” Mizi rasakan pernyataannya itu seumpama menyambut pukulan smash Halim.

“Ceh..poyo perli aku la tu. Yela-yela...” Halim hanya mampu mendengar kata-kata Mizi kerana beliau kematian hujah.

“Lawa ko hias bilik ko ni Mizi.Cam bilik pompuan,” puji Halim dengan muka seriusnya. Mizi hanya mampu tersenyum.

“Apa citer UITM Segamat?” Mizi mulakan bicara, beliau sengaja mengubah topik perbincangan.

“Biasa-biasa jer. Boring gak cuti lama-lama ni”Halim menjawab pertanyaan Mizi acuh tak acuh sambil anak matanya berkeliaran ke setiap penjuru bilik Mizi, anak matanya terhenti lama di rak buku Mizi yang penuh dengan kitab-kitab Arab.

Mizi masih lagi menyusun perhiasan di atas meja studinya selepas meletakkan kembali sejadah yang Halim gunakan tadi..

“Pe jadah ko guna sejadah ni jadi alas meja Mizi.” Halim tiba-tiba menyoal kembali. Beliau merasakan perbuatan itu pelik kerana tidak pernah beliau melihat ‘manusia’ lain melakukannya.

“La..salah ker? tak ke ko rasa sejadah ni cantik untuk dijadikan alas meja? Sesuai apa..warna warni siap ada gambar masjid lagi. Hehe” Mizi menjawab ringkas, mengajak Halim menjawab sendiri persoalannya.

“Ek eleh…Ha! Ni mesti ada awek bagi sejadah ni kat ko, tu yang sayang benor nak guna, kan?!” Halim segera membuat kesimpulan sambil memcucuk perut Mizi.

“Haha ada-ada je ko ni eh. Ye, awek yang bagi tu mak aku la.Haha” Mizi tergelak besar apatah lagi bila perutnya dicucuk mesra Halim.

“Tak salah nak guna sejadah ni Halim, tapi pastikan ia just kehendak, bukan keperluan” Mizi membalas lagi, kali ini mukanya memandang tepat ke arah Halim yang tekun mendengar.

“Ha? Maksud ko?” Halim bertanya serius. Beliau ingin menggali lebih dalam pernyataan Mizi itu.

Sejadah tu kehendak, bukan keperluan, faham kan?” Mizi duduk di hadapan meja studinya yang telah tersusun kemas.

“Tak, maksud ko tak boleh guna sejadah?” balas Halim yang masih kebingungan. Beliau memang dari dahulu banyak belajar dengan Mizi dalam hal berkaitan agama.

“Hehe bukan tak boleh, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun ada guna sejadah, tapi bukan cam kita sekrang ni, sejadah kecik yang ngam-ngam untuk lapik muka tu. Tapi kebanyakan masa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam solat atas tanah jer. Takpun tikar kecil.”jawab Mizi

“Oh.... ” Halim mengangguk sambil tangan kananya menyapu-nyapu dagunya yang licin itu.

“Bis tu, apa kene dengan keperluan dengan kehendak tu?” Halim ingin terus mendengar penjelasan kawannya itu.

“Ko penah tengok cara org cina sembahyang?” soal Mizi ringkas.

“Depan-depan tak penah la,tapi dalam filem-filem adala. Naper?” jawab Halim walaupun dia rasakan Mizi seperti hendak mengubah topik perbualan.

“Apa yang kau nampak?” Mizi menyoal lagi.

“Nampak per? Orang cina kalu sembah patung tu adala guna colok, letak kuih2.. letak buah-buah, tu je kot, ntah tak sure la,naper?” Halim masih tertanya-tanya.

“Orang kristian plak? Cene ko tengok dia sembah Jesus?” Mizi menyoal bertubi-tubi.

“Kalu orang kristian plak kene pergi gereja la,semua sembah patung Jesus tu.” Halim hanya menjawab ringkas kerana ia hanya berdasarkan pemerhatian beliau dalam filem-filem sahaja.

“Apa beza cara diorang beribadah dengan muslim ko rasa-rasa?” mimik muka Mizi tenang menyoal Halim. Beliau ingin mengajak kepada kesimpulan yang yakin dapat difahami Halim.

“Haha mestilah diorang sembah berhala kita ni sembah Allah, mestilah lain.” Halim terus menjawab tanpa berfikir panjang kerana baginya itu soalan yang mudah, hatta budak tadika mampu menjawabnya.

“Betul, tapi tak tepat dalam konteks perbincangan kita..hahaha” Mizi berseloroh.

“Ah.. pandai ah kau, klu bukan tu pe lagi?” Halim bengang kerana jawapannya itu disangkan tepat dan tidak dapat disangkalkan lagi.

“Maksud aku Lem, lihat agama-agama lain, bezakan dengan keindahan ajaran Islam, kita satu-satu agama yang tidak memerlukan apa-apa peralatan untuk beribadah, contoh dalam solat harian kita khususnya. Kita hanya perlu mengambil wudhu’ ,menghadap kiblat dan bertakbir. Tak ke mudah Islam tu. Jika takde air pun boleh bertayammum. Tak perlukan apa-apa peralatan cam colok atau tempat khas. Syarat yang penting tutup aurat dan wudhu’ atau tayammum, tujer.” Mizi cuba menghuraikan kekusutan dalam benak Halim satu per satu.

“Bis tu apa kene ngena dengan sejadah tadi? ” Halim masih lambat menangkap penjelasan Mizi. Halim yang tadinya berbaring di atas katil Mizi akhirnya membetulkan posisinya.Beliau beralih dari berbaring kepada duduk bersila sambil memeluk bantal Mizi, reaksi beliau melahirkan perasaan ingin tahu.

“Yela,maksud aku,kalau kita nak solat seumpamanya,kita boleh solat kat mana-mana pun,betul tak? Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda Bumi ini semuanya adalah tempat sujud kecuali perkuburan dan bilik mandi. Bukanlah aku kata salah pakai sejadah sebab ada banyak jugak riwayat cakap Rasulullah pakai khumroh dengan tikar masa solat. ” Mizi seakan-akan berceramah tapi beliau cuba untuk tidak kelihatan berleter.

“Khumroh tu pe Mizi? ” Halim kelihatan berminat untuk tahu apa yang Mizi sampaikan dengan lebih mendalam.Mukanya berkerut.

“Oh..Khumroh tu cam tikar,tenunan daun kurma lebih kurang camtu la,sebagai alas wajah masa sujud.” balas Mizi. Beliau tidak sengaja menggunakan perkataan arab itu di hadapan seorang pelajar sains.

“Habis tu Mizi, boleh ke solat atas lantai ni tak pakai sejadah? Tak batal solat?”Halim menyoal. Kadang-kala soalan-soalan asas agama seperti ini menjadi kemusyikilan hatta si bijak pandai.

“Hehe boleh jer insyaAllah. Macam aku cakap awal-awal tadila,jangan jadikannya keperluan, kalau sejadah keperluan seolah-olah macam takde sejadah tak boleh solat.Berapa ramai yang tak solat dengan alasan sebab takde ‘peralatan’ untuk solat.Tapi bila dah ada sejadah plak mula lah satu sejadah tu satu orang conquer. Lebih-lebih lagi bila solat berjemaah, lompong sana sini sampai tak rapat dah saf. Tension gak aku tengok haha.” kritikan Mizi padat untuk renungan Halim.Beliau hanya meluah rasa, beliau tidak meminta persetujuan Halim untuk buah fikirnya itu.

“Em..betul gak tu,kain pelekat pun ‘peralatan’ solat zaman ni gak kan?hehe” Halim tersenyum lebar sambil berlawak. Beliau faham apa yang cuba Mizi jelaskan.

“A’ah, kadang-kadang sampai tak solat sebab takde kain pelekat. Pelik aku. Haha.” Mizi gembira Halim menunjukkan respon positif.

“Zaman Nabi dulu pun kira solat atas tanah je la eh? Tak terfikir plak aku tentang ni.”Halim tidak sangka perbicangan yang beliau mulakan membawa pengetahuan baru kepadanya.

“Yang aku ingat la kan,Nabi bersabda ‘ Aku diberi lima perkara,yang belum pernah diberikan kepada seorang pun sebelumku,Aku diberi kemengangan kerana ketakutan musuh dalam jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan tempat sujud dan alat bersuci (tayammum) siapa sahaja yang menjumpai waktu solat maka solatlah dia (di mana dia berada)’[3] Bukan ke Masjid Nabawi dulupun tanah jer. Mana ada Udani karpet cam sekarang ni.Haha” Mizi mengakhiri hujahnya dengan tertawa. Halim yang mendengar juga tertawa bersama-sama dengan Mizi sambil otaknya mencerna hujah-hujah Mizi.

“Mizi! Oh...Mizi!” panggilan dari tingkat bawah rumah Mizi. Mizi kenal benar suara tersebut.

“Ye Ummi...!” Mizi membalas lembut sambil beliau membuka pintu biliknya. Beliau menjenguk ke bawah tangga.Kelihatan Umminya telahpun bersiap, seperti hendak keluar ke suatu tempat.

“Ummi dengan Aisyah nak kene pergi ambil cermin mata Ummi yang dah siap kat Kedai Ah Leong , boleh tak Mizi tolong hantarkan kejap? Abi balik lambat,dia suruh Mizi tolong hantarkan.” tanya Ummi kepada anak sulungnya itu.

“Em…boleh jer..tapi Halim….” Mizi tidak mahu menolak permintaan Umminya tetapi tidak juga mahu meninggalkan tetamunya petang itu begitu sahaja.

“Alah, takpe. Bawa jelah Halim sekali. Sekejap jer.”Ummi seperti memahami apa yang difikirkan anaknya itu.Ummi faham Mizi dan Halim seperti isi dengan kuku.

“Lem, jom teman aku hantar Ummi dengan Aisyah gi amik barang jap.” Mizi melihat Halim yang telah kembali terbaring di atas katilnya.

“Ha? jauh tak? ” Halim cuba mendapatkan kepastian. Telah lama beliau tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Pada hematnya jika sekali sekala dapat melihat bandaraya Kuala Lumpur ini bagus juga.

“Takla,Kedai Ah Leong kat Carefour jer..”jawapan Mizi mematikan lamunan Halim.

“Ek eleh..ingat Kedai Ah Leong kat KLCC ker... haha dengan adik ko Aisyah tu? segan ar aku. huhu” respon Halim tersipu-sipu malu kerana Aisyah yang dulu dikenalinya kini telah menjadi seorang remaja 20an.

“Alah.. poyo,takkan nak tinggal rumah ni sensorang. Jom la.” Mizi menarik tangan kanan Halim dari katilnya.