haaa... patut la x khusyuk solat jemaah... syaitan ada di kiri kanan. errr... mcm mana tu???

ini satu lagi perkara atau isu yg sgt menyedihkan. wallahu'alam di tempat lain. tp jika di malaysia, which i believe in MOST places, mmg berlaku. dh bagus sgt imam mengingatkan sblm memulakan solat "rapat & luruskan saf". owh... mmg mula² masing² MACAM rapat & lurus la saf. masuk jer rakaat kedua, hancus!!! lobang sana, lobang sini. kdg² lobang2 tu boleh masuk 1 lg jemaah. sedih dgn keadaan tu. bknnya apa. bkn 1 KERJA susah utk rapatkan saf. x payah carik kayu dlm hutan. x payah angkat batu-bata nk bina bangunan. bangunan ukhwah yg PALING mudah dibina - rapatkan saf!!!

tambah menyedihkan lg, apabila makcik nk pecahkan tradisi org Melayu kita, makcik rapatkan tubuh dgn jemaah di sebelah, tp jemaah bkenaan mengalihkan tubuhnya mjauhi makcik. wuiii... mula² jd cenggitu mmg x khusyuk solat... tp rakan² dan family mengingatkan... jgn sampai kerenah org lain mganggu ibadah kita. biarlah mereka, mungkin mereka x faham. sbb dah sebati dlm hidup & mentaliti 'lapuk' masing².

ini makcik paste-kan 1 artikel drpd web iLuvislam.com utk sokong hujah makcik. wallahu'alam.
---

Cara Meluruskan Saff

Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani:

''Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut. Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

  1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
  2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
  3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:

Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud).

Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda: "(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya." (Riwayat Bukhari).

Sunnah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap (rasanya mmg x pernah wujud - makcik) dari masjid-masjid di Malaysia. Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan. Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut. Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini (memang! - makcik).

Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunnah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan (dah bgtau pun x nok amalkan jgk!!! - makcik). Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia (i doubt it - makcik).


Hikmah Merapatkan Saff


1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: "Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat." (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah: "Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu." (Riwayat Muslim). (haaa... patut la umat Islam kita x bersatu!!! - makcik)

Sabda Baginda lagi: "Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.

Sabda Rasulullah: "Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing." (Riwayat Abu Daud). (sbb tu jadi 'mencurik' dlm solat, na'uzubillahi minzalik! - makcik)

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.

Sabda Rasulullah: "Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat)." (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf." (Riwayat Thabrani).

Sayang sekali sunnah-sunnah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat." (Riwayat Bukhari).