epilog untuk makcik yam


kakak, makcik yam, makcik (januari 2011)


assalamualaikum

pagi ini, 3 julai 2011, sewaktu makcik dalam perjalanan ke IPG, makcik dikejutkan dgn panggilan telefon daripada pakcik mat. pakcik mat memaklumkan kpd makcik bahawa isteri beliau iaitu makcik yam telah pulang ke rahmatullah pada jam 8.40 malam tadi (2 julai 2011) di HUSM, kubang kerian dan akan dikebumikan pada jam 10.30 pagi ini. terdetik di dalam hati bagaimana cara utk menziarahi majlis pengkebumian allahyarhamah.

setibanya di IPG, makcik pergi menemui salah seorang pensyarah IPG yg memang kenalan baik dgn makcik yam & pakcik mat dan beliau juga merupakan salah seorang pensyarah makcik. makcik meminta izin utk tumpang kereta beliau memandangkan beliau menyatakan bahawa beliau akan turut menghadiri majlis pengkebumian allahyarhamah.

alhamdulillah, kami tiba di rumah allahyarhamah pada jam lebih kurang 10.30 pagi. makcik sempat menatap wajah allahyarhamah buat kali terakhir sebelum beliau dikafankan sepenuhnya. suasana sedih menyelubungi rumah itu. walaupun makcik sekadar anak angkat makcik yam, tapi mengalir juga air mata makcik kerana dgn serta-merta kerana terbayang wajah ceria beliau semasa menyambut kami di kota bharu pada awal tahun ini semasa makcik mahu mendaftar di IPG. keceriaan beliau itu tak dapat diperolehi lagi buat selama-lamanya.

selepas solat jenazah, kami berjalan kaki ke tanah perkuburan berhampiran dan berada di sana sehingga selesai jenazah allahyarhamah dikebumikan.


makcik.shima: yang pergi takkan kembali. itu pasti. yg masih ada akan pergi. itu juga pasti!

Makmur Guest House


assalamualaikum.

wah! lama ngat x post n3. server IPG (maktab) x bg post n3, even comment kat blogger. kat rumoh plop broadband x laju ngat. x pom, lepas isha' terus tido! bapok la letihnye. skang neh cuti skoloh, sama dgn cuti IPG, cuma kome guru² pelatih tamboh 1 minggu, so 3 weeks cuti. tapi assignment byk! hu3...

camner KPLI? alhamdulillah, sume OK. sokmo homesick. tapi rodong² sume nye best²! kome mcm adik-beradik. utk kurangkan homesick, makcik layan la keseronokan blajo dan mcm² aktiviti di IPG & luar IPG. bkn blajo beria sgt, tapi byk LATIHAN. IPG adalah pusat latihan, bukan pusat akademik. dr segi pengisian aktiviti, IPG jauh lebih hebat bbanding universiti (yg makcik tempuh lah).

latest news, makcik & family dah menubuhkan... hah? menubuhkan ker? hiks3... kome dah wujudkan sebuah rumah tamu @ guest house di SOHO (formerly). automasi pejabat SOHO sume dh transfer ke rumah. pape pom, baca la kat blog kome tu yea.