kakak, makcik yam, makcik (januari 2011)


assalamualaikum

pagi ini, 3 julai 2011, sewaktu makcik dalam perjalanan ke IPG, makcik dikejutkan dgn panggilan telefon daripada pakcik mat. pakcik mat memaklumkan kpd makcik bahawa isteri beliau iaitu makcik yam telah pulang ke rahmatullah pada jam 8.40 malam tadi (2 julai 2011) di HUSM, kubang kerian dan akan dikebumikan pada jam 10.30 pagi ini. terdetik di dalam hati bagaimana cara utk menziarahi majlis pengkebumian allahyarhamah.

setibanya di IPG, makcik pergi menemui salah seorang pensyarah IPG yg memang kenalan baik dgn makcik yam & pakcik mat dan beliau juga merupakan salah seorang pensyarah makcik. makcik meminta izin utk tumpang kereta beliau memandangkan beliau menyatakan bahawa beliau akan turut menghadiri majlis pengkebumian allahyarhamah.

alhamdulillah, kami tiba di rumah allahyarhamah pada jam lebih kurang 10.30 pagi. makcik sempat menatap wajah allahyarhamah buat kali terakhir sebelum beliau dikafankan sepenuhnya. suasana sedih menyelubungi rumah itu. walaupun makcik sekadar anak angkat makcik yam, tapi mengalir juga air mata makcik kerana dgn serta-merta kerana terbayang wajah ceria beliau semasa menyambut kami di kota bharu pada awal tahun ini semasa makcik mahu mendaftar di IPG. keceriaan beliau itu tak dapat diperolehi lagi buat selama-lamanya.

selepas solat jenazah, kami berjalan kaki ke tanah perkuburan berhampiran dan berada di sana sehingga selesai jenazah allahyarhamah dikebumikan.


makcik.shima: yang pergi takkan kembali. itu pasti. yg masih ada akan pergi. itu juga pasti!