EPILOG UNTUK ABANG
Saturday, July 04, 2015 6:16 pm
Posted by Unknown
3 Julai 2015
Hari ini, 14 tahun
yang lalu, seorang lelaki hebat yang diberi nama Mohamad bin Wahid telah
menerima saya atas nama Allāh sebagai isteri keduanya dengan mahar 3× lafaz al-Ikhlas.
Pada 27 Mei 2015 yang lalu, beliau telah pulang menemui penciptanya atas
diagnosis kegagalan hati.
Abang,
Hanya Allāh Yang Maha
Mengetahui betapa Ummie sangat bersyukur kerana diberi peluang menjadi isteri
abang, walaupun bukan sebagai isteri yang baik. Sangat jauh daripada baik.
Dengan segala kekurangan yang Ummie miliki, abang terima Ummie seadanya. Abang
jaga Ummie dengan sebaik-baiknya. Walaupun dengan beza usia yang agak jauh, 10
tahun, dengan mentaliti kita yang sedikit berbeza, dengan latar belakang yang
tidak sama, Alhamdulillāh, kita berjaya menempuh alam perkahwinan
dan kekeluargaan dengan penuh kasih sayang yang Allāh kurniakan. Kadang-kadang
Ummie rasa CD4 abang jatuh teruk sebab seksanya abang meladeni segala kepelikan
Ummie...
Abang,
Terima kasih
kerana telah memberikan pelbagai pengalaman yang berwarna-warni di dalam hidup
Ummie. Paling utama, terima kasih kerana telah mendidik Ummie dengan pelbagai
ilmu hidup duniawi dan ukhrawi. Terima kasih kerana telah menunjukkan Ummie apa
yang salah, dan apa yang betul. Terima kasih kerana telah menghargai segala
yang betul yang Ummie lakukan dan menegur segala yang salah yang Ummie lakukan,
dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.
Abang,
Pemergian abang
telah memberikan impak yang sangat besar dalam hidup Ummie. Sangat besar
sehingga Ummie tertanya-tanya sama ada Ummie mampu hidup kuat seperti dulu atau
tidak. Ummie tak pasti sebenarnya mampu atau tidak untuk terus tinggal di rumah
kita ini. Memori bersama-sama abang terlalu banyak dan pekat di dalamnya.
Jika diikutkan
hati yang lara, memang Ummie tak mau lagi tinggal di rumah kita ini. Malah,
Ummie rasa tak mampu lagi hidup di Temerloh! Setiap kali berurusan di bandar, susuk
tubuh abang akan tergambar di ruang mata. Ummie rasa tak mampu berada di
mana-mana tempat yang pernah Ummie ada dengan abang. Perlis! Itu yang terfikir
di minda untuk Ummie bawa diri. Kita tak pernah ke sana. Jadi tiada sebarang memori abang di sana...
Tapi, Ummie mahu
kuat seperti yang abang sentiasa ajar. Hidup mati, ajal maut, jodoh, rezeki,
semuanya sudah ditulis. Jadilah hamba yang patuh kepada sunnatullāh. In shā Allāh abang, Ummie akan kuat, demi abang, demi Allāh.
Abang,
Bulan Mei 2015,
bulan terakhir hayat abang adalah waktu yang paling sukar buat Ummie. Sudah
tentu paling sukar buat abang dan keluarga kita. 2 Mei 2015, abang agak sihat
walaupun sebelum itu abang sudah pun mengadu sakit perut yang teramat sangat.
Kita sama-sama menganggap ianya hanyalah masalah ‘tuju angin’ atau gastrik yang
terlampau.
2 Mei 2015, kita
sama-sama sudah bersedia untuk AGM PPWM kita yang kedua. Usai sarapan, abang collapsed! Abang sakit yang teramat
sangat. Abang memang tak mampu bangun langsung. Kami terpaksa meneruskan AGM
tanpa abang. Tetap juga PPWM melantik abang sebagai Presiden. Masing-masing
tidak mahu orang lain mengetuai PPWM. Tetapi, perancangan Allāh lain...
Keadaan abang
makin lama makin serius. Daripada solat dalam keadaan duduk, abang hanya mampu
solat dalam keadaan berbaring. Allāhu Rabbi… hanya Allāh yang tahu betapa luluhnya hati Ummie
melihat keadaan abang. Abang yang Ummie kenal kuat dan kental semangat juang,
akhirnya terpaksa akur dengan ketentuan Allāh, jatuh sakit dan tidak mampu lagi
meneruskan kehidupan sebagaimana biasa.
Science failed you, my love. Laporan hospital dan kesimpulan doktor
sama-sama kita fahami: tiada apa yang teknologi perubatan masa kini yang dapat
menyembuhkan abang. Pun begitu, abang tetap patuh kepada rawatan yang masih
diusahakan oleh pihak perawat. Kita sama-sama tau tiada harapan untuk abang
dirawat. CD4 abang rendah, tak mampu menampung rawatan yang sepatutnya.
Tetapi keluarga
kita telah abang didik untuk sentiasa bersangka baik dengan Allāh, sentiasa
berfikiran positif. Emosi dan fikiran Ummie sangat bercelaru sepanjang abang
sakit. Walaupun sedar tiada harapan sembuh, tapi Ummie tetap mengharap Allāh
beri kesembuhan kepada abang. Terlalu banyak didikan dan peringatan yang Ummie
masih harapkan daripada abang. Terlalu banyak pengharapan dan sokongan yang
diperlukan oleh komuniti daripada abang. Allāhu Rabbi, doa Ummie selalu supaya Allāh
sembuhkan abang.
Abang tak suka
sedih-sedih, melancholic. Life memang
ada sunnatullāh. Kita hanya hamba. Jika Allāh sudah rencanakan
sekian sekian keadaan, siapa kita untuk menentang atau tidak menerima? Abang
didik kami supaya menjadi hamba Allāh yang redha dengan ketentuan Allāh selepas
berusaha dan berikhtiar.
Sebab itulah,
walaupun abang sendiri tau keadaan abang yang tidak dapat dirawat, tiada
harapan sembuh, tetap juga abang cuba ikut saranan saudara-mara dan sahabat
handai yang mencadangkan bermacam-macam complementary
treatments dan supplement food. Tetap
juga abang minta Ummie dan Kak Da bawa abang ke hospital.
Abang,
Sejak abang
didiagnos positif HIV sejak Disember 2010, abang sentiasa positif tentang
kematian. Bukan kerana HIV. Tetapi kerana sel darah abang yang tidak normal.
Doktor menasihatkan abang supaya buat semula prosedur bone marrow biopsy untuk kenal pasti sebab ketidaknormalan itu.
Tetapi, pengalaman prosedur itu yang pernah abang lalui terlalu memeritkan untuk
abang.
Allāhyarhamah mak
pun tak setuju. Kita sekeluarga pun agak kurang bersetuju. Apa lagi abang yang
pernah melaluinya dengan tiga tebukan yang gagal! Abang sendiri sudah buat
keputusan untuk menolak prosedur itu dan mahu menghabiskan sisa hayat yang ada
dengan keluarga kita dan berbakti untuk komuniti.
Sejak itulah
bermacam-macam nasihat dan pesanan abang berikan kepada kita sekeluarga.
Bermacam-macam wasiat yang abang sudah tinggalkan. Abang tetap positif bahawa
hidup dan mati tak dapat dijangka. Itulah pun yang abang sentiasa ingatkan
semua orang. Mati itu pasti dan tidak mengenal siapa.
Abang,
Bulan terakhir
hayat abang, lebih kerap abang tinggalkan pesan. Malah abang minta Kak Da
catatkan segala pesanan itu supaya tidak lupa. Luluh rasa hati Ummie, hanya Allāh
yang tau. Tapi Ummie kuatkan juga hati di hadapan abang. Setiap kali
bersendirian, Ummie menangis. Setiap kali memandu seorang, Ummie menangis. Setiap
kali berdoa, Ummie menangis. Menangis semahu-mahunya memohon supaya Allāh
sembuhkan abang.
Abang,
Pesanan abang kami
laksanakan ikut kemampuan kami.
Abang telah
bersetuju untuk dikebumikan di Temerloh. Alhamdulillāh, telah terlaksana.
Abang mahu
anak-anak uruskan jenazah abang; mandikan, kafankan. Alhamdulillāh, telah
terlaksana.
Abang mahu
dimandikan di hospital jika abang meninggal di hospital. Alhamdulillāh, telah
terlaksana.
Abang mahu Harith
imamkan solat jenazah abang. Alhamdulillāh, telah terlaksana.
Abang mahu jenazah
abang dikebumikan sesegera mungkin. Alhamdulillāh, telah terlaksana.
Abang mahu
anak-anak sambut jenazah abang dari liang lahad. Alhamdulillāh, telah
terlaksana.
Abang tidak mahu
ditalkinkan. Alhamdulillāh, telah terlaksana.
Abang hanya mahu
dibacakan doa selepas dikebumikan yang diketuai oleh Harith. Alhamdulillāh, telah
terlaksana.
Abang tidak mahu
diadakan jamuan tahlil sebagaimana biasa dilakukan oleh kebanyakan masyarakat
hari ini. Alhamdulillāh, telah terlaksana.
Abang,
Minggu terakhir
hayat abang, abang beritahu Ummie, abang dah didik apa yang perlu untuk Ummie.
Abang dah berikan semua nasihat dan pesanan yang sepatutnya untuk Ummie. Abang
dah berikan segala asuhan untuk Ummie. Abang harap Ummie dapat buat apa yang
abang didik. Luluhnya hati mendengar ayat-ayat abang, hanya Allāh yang
tahu. Betapa abang seolah-olah tahu
hayat abang sudah di penghujung.
Abang minta maaf
pada Ummie dan Kak Da, sebab tak tinggalkan apa-apa harta untuk kami. Abang…
sebenarnya abang dah berikan segala-galanya yang hebat kepada kami. Abang
tinggalkan kasih sayang yang sangat hebat untuk kami. Abang tinggalkan memori
indah dan manis untuk kami abadikan di ingatan. Abang tinggalkan ilmu didikan dunia dan akhirat
untuk kami. Abang tinggalkan komuniti untuk kami. Abang tinggalkan peluang
untuk menanam saham akhirat dengan berbakti kepada komuniti untuk kami.
Abang,
Perancangan Allāh
itu hebat. Abang sudah siap menyediakan rumah kita selepas banjir tahun lepas.
Segala kerosakan telah abang usahakan untuk perbaiki. Segala yang musnah telah
abang usahakan untuk adakan. Abang hanya sempat menikmatinya seketika cuma.
Abang sudah sediakan keselesaan untuk keluarga kita.
Abang siapkan juga
pusat komuniti untuk kegunaan komuniti yang abang sayangi. Premis sederhana yang
lengkap dengan keperluan asas telah abang sediakan. Bantuan daripada pihak
JAKIM dan MAC telah siap abang usahakan. Penambah baikan pusat komuniti telah
abang pesan untuk kami lengkapkan.
Abang,
Lebih setahun abang
usahakan sesungguh hati menyiapkan pusat komuniti itu. Di hujung hayat abang
telah siap dan lengkap pusat komuniti impian abang. Hampir seluruh harta abang
telah abang infaqkan untuk pusat komuniti itu. Hampir seluruh fokus abang telah
abang curahkan untuk pembinaan pusat komuniti itu. Tetapi abang tidak sempat
pun menggunakannya. Beberapa jam sebelum AGM, abang jatuh sakit yang membawa
kepada pemergian abang buat selama-lamanya.
Abang,
Imej-imej abang
pada hari terakhir hayat abang dengan mudah membuatkan Ummie mengalirkan air
mata setiap kali Ummie mengenangkannya tatkala bersendirian. Imej-imej itu
Ummie tak mau kenang sebab terlalu memilukan, terlalu menghancurkan hati Ummie…
Pagi itu Ummie dan
Kak Da menghantar abang ke Hospital Kuantan. Kak Da memandu. Abang berbaring di
seat penumpang hadapan. Abang sangat
tenang. Ummie tak tahu adakah abang lena atau sekadar berbaring senyap. Abang
tak banyak cakap.
Tiba di hospital,
Ummie sorong abang dengan wheelchair
untuk bertemu doktor sementara kakak pergi mencari parking spot. Alhamdulillāh, segala urusan dipermudahkan hasil
bantuan doktor kesayangan abang, Dr. Iskandar Firzada bin Osman. Abang terus
dipanggil masuk oleh Dr. Tee. Terus juga Dr. Tee menguruskan abang untuk masuk
ke wad.
Abang ditempatkan
di katil hujung yang sangat jauh dari tandas. Selepas ke tandas, abang rasa
sangat-sangat sakit dan mula sesak nafas. Bantuan oksigen diberikan, tetapi
abang tetap tak selesa. Abang dipindahkan ke katil di bahagian tengah wad.
Keadaan abang semakin teruk. Duduk tak selesa. Baring tak selesa. Di katil tak
selesa. Di kerusi tak selesa. Abang bersandar pada Kak Da yang kemudiannya
duduk di atas katil.
Demi Allāh, hati
Ummie langsung tak tenang. Keadaan abang yang seperti itu tak pernah Ummie
saksikan. Azabnya abang menanggung kesakitan. Doktor tak dapat nak tumpukan
perhatian kepada abang kerana ramai lagi pesakit yang menuntut perhatian.
Sehinggalah tiba seorang doktor yang agak senior dan melihat keadaan abang
yang sangat teruk, mengarahkan supaya abang dipindahkan ke katil yang paling
dekat dengan kaunter jururawat. “He looks
bad lah!” Hati isteri mana yang tak luluh mendengar ulasan itu?
Keadaan abang
tidak berubah. Malah semakin teruk. Seorang demi seorang doktor datang melihat
abang sehinggalah 6 – 7 orang doktor dan jururawat datang mengerumuni abang,
baik yang senior, junior, mahupun pelatih. Pelbagai usaha dilakukan untuk
merawat abang. Waktu Zohor dan Asar, kami bisikkan di telinga abang, beritahu
abang waktu solat dah masuk. Itulah pun yang abang pesan sebelum Zohor.
Lebih kurang jam
4.30 petang, dalam keadaan kalut para doktor merawat abang, doktor senior tadi
memanggil Ummie dan Kak Da ke koridor wad. Penerangan terperinci diterangkan
kepada kami tentang keadaan abang yang sudah 50-50. Berhamburanlah air mata
Ummie tanpa dapat ditahan lagi. Tapi Ummie kuatkan juga hati ini demi abang.
Ummie telefon
anak-anak supaya datang ke hospital. Ummie telefon Midie supaya maklumkan
keadaan abang kepada adik-beradik abang yang lain. Ummie hubungi juga abah dan
MT & Exco PPWM. Kak Da yang masih jadi tempat abang bersandar sudah mula
membisikkan ‘Allāh’ tanpa henti di telinga abang, sebagaimana yang abang ajari
kami semasa mak sakit tenat dulu dan yang abang pinta untuk kami lakukan jika
keadaan abang telah masuk fasa kritikal.
Anak-anak tiba dan
tak henti-henti membisikkan kalimah ‘Allāh’
di telinga abang. Beberapa orang saudara-mara juga datang membacakan Yāsin
untuk abang. Tiba di peringkat
terakhir iaitu menekan dada abang selepas tirai ditutup, hati Ummie hancur.
Terhenti bacaan Yāsiin. Terhenti bacaan doa. Terhenti segalanya.
Termenung Ummie memandang tirai yang bertutup.
Akhirnya, abang
pergi juga. Abang tinggalkan Ummie. Abang tinggalkan Kak Da dan anak-anak.
Abang tinggalkan komuniti. Abang tinggalkan sanak-saudara. Abang tinggalkan
segala-galanya! Abang tinggalkan dunia ini. Abang pergi menghadap Allāh
bersama-sama derita kesakitan yang abang tanggung selama lebih kurang sebulan. Allāh cuci dosa-dosa abang dengan kesakitan yang sangat azab abang lalui sebelum abang pulang menghadap Dia.
Abang,
Senda gurau abang akan sentiasa terpahat di ingatan. Mereka yang pernah abang hadiri hidup mereka akan merindui senda gurau abang. Tiada lagi usikan seperti dulu yang mewarnai kehidupan kami. Tiada lagi sakatan yang sentiasa mengukir senyuman dan gelak tawa. Tiada lagi...
Abang,
Semua yang mengenali
abang sangat terkejut dengan pemergian abang. Ramai yang tak tahu derita sakit abang
pada bulan terakhir abang tenat. Betapa abang tidak mahu menyusahkan semua
orang, tidak mahu semua orang risau tentang keadaan abang.
Kami menangisi
pemergian abang. Kami iringi jenazah abang hingga ke liang lahad.
Kami mendoakan
ketenangan dan kedamaian ruh abang.
Ya Allāh.
Kurniakan ketenangan dan kedamaian ke atas ruh suamiku dengan sepenuh kasih
sayangmu. Kasihanilah dia. Ampunilah dia.
Abang,
Ramadhan 1436H terlalu
awkward tanpa abang. Setiap
pre-Ramadhan abang akan kumpulkan kita sekeluarga, revise tentang puasa dan ibadah Ramadhan. Setiap taraweh abang akan
imamkan. Setiap tadarus abang akan lead.
Abang betulkan bacaan kami dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Abang didik
dan biasakan kita sekeluarga dengan kaedah iftar dan sahur yang diajar
Rasulullah SAW. Abang bawa keluarga kita qiamullail di masjid.
Eid?
Kosong. Kosong tanpa abang. Ummie tak tahu bagaimana nak survive takbir raya tanpa abang.
Abang,
You have been
And will alwiz be
The love of my life
The man of my world
The murabbi to my ignorance
The content of my heart
The icon of my existence
The image of my benevolence
You are my everything
And I am proud to be yours...
Terima kasih
abang...
Beri Ummie sebuah
perkahwinan yang hebat
Terima Ummie
seadanya walaupun dengan segunung kelemahan Ummie
Ajar Ummie
macam-macam tentang life
Ajar Ummie tentang
priority akhirat
Bawa Ummie dan
family kita menunaikan umrah
Bawa Ummie dan
family kita jalan-jalan
Bawa Ummie dan
family kita join aktiviti komuniti
Ya Allāh.
Himpunkan kami di dalam Jannah-Mu
This entry was posted on 6:16 pm, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4:58 pm, September 30, 2015
Assalam kak ummi, sedih membaca catatan saat terakhir arwah.. Saya jugak pernah lalui saat-saat sukar kehilangana arwah suami. Semoga Allah tempatkan arwah suami akak dikalangan orang-orang beriman.
2:15 am, September 10, 2018
FREECHIP Tanpa Deposit & SUPER PROMO ONLINE gambling FAMOUS NEW MEMBER SPECIAL AGENS128 LHO ..
buruan daftar dan klaim bonus freechip nya !!!
Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 0877-8922-1725
2:54 am, September 11, 2018
FREECHIP Tanpa Deposit..SPECIAL AGENS128 buruan daftar dan klaim bonus freechip nya !!! Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 0877-8922-1725
12:28 pm, September 12, 2018
AYO !! BURUAN GABUNG SEKARANG JUGA BERSAMA AGENS128, DAPATKAN FREECHIP TANPA DEPOSIT NYA !!
Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 0877-8922-1725
1:33 pm, September 15, 2018
AGENS128 Menyediakan berbagai macam permainan Games online.
* Sabung Ayam (S128 dan CF88)
* Sportsbook (Taruhan Bola, Olahraga, Finansial, Miss World)
* Live Casino (Blackjack, Roullette, Baccarat, Bet On Numbers, Keno)
* Multiplayer (Texas poker, Domino, Ceme, Capsa Susun)
* Slots (Bumper Crop, Thunder Reels, Juice n fruits, Lucky Pirates dan Lain Lain)
* Bolatangkas (88tangkas dan tangkasnet)
* Togel klik4d dan Isin
Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 0877-8922-1725
1:29 pm, September 22, 2018
A-G-E-N-S-1-2-8 memberikan bonus Special setiap hari nya, ayo bergabung bersama kami sekarang juga
BBM : D8B84EE1 / AGENS128 Line id : agens1288 WhatsApp : 0877-8922-1725
11:31 am, October 12, 2018
cukup menarik ayam bangkok