Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam, 28 januari 2011, jam 7 pm, makcik selamat sampai ke temerloh selepas berorientasi selama 4 hari di IPG Kampus Kota Bharu. Kami diberi cuti seminggu sbb kami bercuti ikut cuti sekolah.

Pada 23 Januari 2011, Ahad, makcik dihantar oleh encik asben, mak mertua, kakak dan Danish. Danial tak dpt ikut sbb dia perlu menghadiri kuliah di POLISAS. Kami bertolak dari temerloh lebih kurang jam 11 am. About 2 pm kami singgah di rumah kakak encik asben utk lunch dan solat jama’ taqdim. About 3 pm kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.

Sebelum kami bertolak, kami telah pun menempah utk menginap 1 mlm di
Sri Pauh Guest House, milik salah seorang blogger yg sgt kami hormati iaitu Makcik Yam dan Pakcik Mat. Walau bagaimanapun, kami tidak memperkenalkan diri kami sebagaimana yg mereka telah sedia kenali melalui blog. Alhamdulillah, kami disambut oleh Makcik Yam dan Pakcik Mat di sekitar bandar Kota Bharu. Mereka berdua, terutamanya Makcik Yam sgt terkejut dan teruja melihat kami. Kami pun dah tentu rasa sgt gembira, excited dan benar2 rasa bersyukur dgn rahmat Allah yg telah mempertemukan kami setelah sekian lama kami kenal di platform blogger.com ini. Usai bersalam-salaman, kami meneruskan perjalanan ke guest house mereka.

Subhanallah!!! Cantiknya guest house tersebut, jauh lebih cantik drpd yg digambarkan di dalam blog. Selesa, lengkap dgn segala keperluan asas, sewa yg berpatutan. Kami ditinggalkan oleh Makcik Yam dan Pakcik Mat pd jam lebih kurang 7.30 pm utk kami berehat seketika, mandi, dan solat jama’ taqdim. Lebih kurang jam 9 pm, Makcik Yam dan Pakcik Mat telah membawa kami ke sebuah restoran utk dinner. Alhamdulillah... dinner yg sgt harmonis, penuh dgn catching-up dan penzahiran perkenalan face-to-face. Usai dinner, kami kembali ke guest house utk berehat.

Keesokan paginya, 24 Januari 2011, Isnin, lebih kurang jam 8 am, Makcik Yam dan Pakcik Mat menjemput kami lagi utk membawa kami terus ke IPG (Institut Pendidikan Guru) Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa. Sekarang tidak lagi dipanggil ‘maktab’. Alhamdulillah, kami ditemani Makcik Yam dan Pakcik Mat sepanjang proses pendaftaran memandangkan Pakcik Mat merupakan salah seorang pensyarah di IPG tersebut sebelum beliau bersara lebih kurang 5 tahun lalu.

Lebih kurang jam 10.30 am, makcik ditinggalkan oleh family dan Makcik Yam serta Pakcik Mat... huhuhu!!! Sebenarnya ada taklimat utk waris, tetapi makcik prefer family pulang segera sbb keesokan harinya mereka perlu meneruskan kerja dan sekolah. Tinggallah daku bersama-sama guru-guru pelatih yg lain utk diorientasikan... (‘’,)

Atas salah faham makcik sendiri, makcik berpakaian biasa semasa pendaftaran. Rupa-rupanya baju putih, tudung putih dan kain blue-black perlu dipakai terus utk majlis perasmian. Namun begitu, mereka yg tidak berpakaian seragam sedemikian diberi kelonggaran. Kami dipastikan supaya berpakaian sedemikian pd majlis penutupan nanti. Guru-guru pelatih diberi penempatan sementara di asrama IPG kerana usai Minggu Orientasi, kami perlu tinggal di luar.

Sepanjang Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Diri, makcik kerapkali membandingkannya dgn Minggu Orientasi semasa di UUM lebih kurang 16 tahun yg lalu. Mmg jauh bezanya. Kali ini, tidaklah sepenat seperti semasa di UUM. Mungkin kerana keluasan IPG tersebut yg ‘comel’, jd makcik dan guru-guru pelatih yg lain tidak perlu berpeluh-peluh berbasah kuyup baju utk bergerak dari asrama sementara ke Dewan Wawasan. Para AJK pula terdiri drpd adik-adik pengajian ijazah lepasan SPM yg sgt menghormati kami para guru pelatih yg jauh lebih berusia drpd mereka. Makcik salute mereka yg sgt mesra dan mudah membantu kami sepanjang minggu tersebut.

Tiada apa yg buruk berlaku sepanjang minggu orientasi, Alhamdulillah. Buli, ragging tu tidak berlaku langsung. Jadual kami sepanjang 4 hari itu padat dgn pelbagai taklimat berkaitan dgn LDK, kurikulum, peperiksaan, ko-kurikulum, perpustakaan, jadual waktu, buku rekod kehadiran, Borang Perjanjian, kolej kediaman (walaupun kami tinggal di luar, tetapi tetap diberi taklimat dan panduan tinggal di luar), Akta 174 (kalau di universiti, AUKU digunakan), integriti, tapisan keselamatan, sesi bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), dan sesi bersama mentor. Kuliah subuh dan maghrib mcm biasa. Petang selasa, kami berlari sejauh 1.2 km dan senamrobik. Alhamdulillah, tua-tua makcik pun, makcik berlari lengkap 1.2 km WALAUPUN dgn pace yg SANGAT perlahan. Petang rabu guru-guru pelatih lelaki bermain bola sepak dan guru-guru pelatih perempuan bermain bola tampar. Makcik? Makcik penyokong setia... hehehe!

Petang khamis, majlis penutupan minggu orientasi telah berjaya dijalankan dgn sgt bergaya. Kesemua yg dirancang telah berjalan dgn lancar. Usai majlis, makcik dan 3 coursemates yg lain telah mengangkut brg ke rumah sewa di Tmn Kurnia Jaya, berhampiran dgn IPG. Tapi kalau menapak, berpeluh la jgk. Alhamdulillah, 2 org housemates ada kenderaan. So, boleh lah tumpang... hehehe. Pagi jumaat, Makcik Yam dan Pakcik Mat jemput makcik di rumah sewa dan menghantar makcik ke stesen bas Transnasional di Langgar, KB utk menaiki bas jam 9 am. Kami bersarapan bersama. Makcik dah kirim teket bas dgn Makcik Yam beberapa mlm sebelum tu. Alhamdulillah, Makcik Yam kata ada tinggal 1 saja tiket ke temerloh. And that’s mine... hehehe!

Kesimpulannya... waaahhh... ada kesimpulan. Semuanya berjalan lancar. Statistik dan fakta yg makcik perolehi adalah, KPLI ambilan Januari 2011 di IPG Kota Bharu, ada seramai 199 dtg mendaftar; 19 di bwh opsyen TESL; 20 di bwh opsyen Pendidikan Khas SJKC; selebihnya j-Qaf Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Islam Khas (mengajar Pendidikan Islam kpd murid-murid pbelajaran khas). Aaa... yes, makcik merupakan guru pelatih paling tua. Paling muda, sebaya adik bongsu makcik – 23 tahun.

Guru-guru pelatih TESL dan Pendidikan Khas SJKC akan menjalani kuliah di IPG selama 6 bulan sepenuh masa. Cuti mengikut cuti sekolah. 6 bulan seterusnya kami perlu menjalani praktikal di sekolah-sekolah yg akan ditetapkan. Final exam November 2011. Bina Insan Guru dijangka akan diadakan di salah sebuah pulau di Kenyir. Bila? Tak tau lagi. Mebbe dlm cuti penggal yg 2 minggu tu. Guru-guru pelatih j-Qaf akan terus ditempatkan di sekolah-sekolah oleh JPN. Mereka akan berkuliah di IPG pada cuti sekolah. Tempoh kursus mereka adalah setahun setengah, manakala kami pula hanya setahun sahaja. Jadual kelas kami dah dpt. Straight dari 7.45 am hingga 6.00 pm. Ada la rehat 1 jam pd waktu pagi dan 1 jam pd waktu ptg. Weekends Jumaat & Sabtu. 4 hari dlm seminggu ada PJ... huhuhu! Kami diwajibkan mengikuti 1 sukan, 1 pasukan beruniform dan 1 kelab atau persatuan. Apply, belum tentu dpt. Contohnya kalau kita apply badminton, blm tentu dpt badminton. Tgk kekosongan. Makcik nak amek ape eh?

Kami diberitahu, minor pertama adalah Sains. Hah??? Boleh ke? Minor kedua masih belum diputuskan lagi, sama ada KH atau Sivik. Pakaian ke kelas mesti formal, ikut sahsiah guru. Sandal tak boleh. Pakaian PJ... track-bottom MAROON, tudung PUTIH dan t-shirt PUTIH SAHAJA. Makcik ada selai jer tudung putih. Nak kena gi beli lagi selai. Dah PJ 4 hari seminggu, x gamak makcik nak amek risiko tudung x kering. Jenuh la pasni terloncat2, terkejar2 kat padang... huhuhu!

Dlm masa seminggu cuti ni, makcik perlu selesaikan urusan Borang Perjanjian dan medical check-up. Tiket balik dah beli. Sabtu dah penuh. Terpaksa balik pd pagi Jumaat. Sabtu tu dpt la kemas brg2 di umah sewa. Wah! 1st time duduk umah sewa neh. Di UUM dulu sampai grad tinggal di kolej kediaman. Waktu kerja pulak tinggal dgn parents atau family selepas kahwin. Rumah sewa kami tu, Alhamdulillah, selesa. Ada 3 biliks, 2 toilets, 2 tingkats, teres. Tuan rumah tu first time nak sewakan rumah tu. So, katil, tilam, gobok, dapur, tong gas, kami kena beli sendiri. Kami dah request fridge n washing machine. Insha Allah lepas cuti ada la katanya. Sewa RM700 per house. Bil elektrik & air bayar sendiri. Rumah tu ada sistem air boreng. Ini 1st time jgk la pd makcik. Katanya, air boreng atau ‘tube well’ tu free of charge sbb gali sendiri air bawah tanah. Sebagai first-timer, makcik mmg agak cuak la sikit. Mcm x brp nak yakin jer... rodong kata, kalu cuci baju putih dgn air boreng tu, nanti baju tu jadi kekuning-kuningan. Pulok...

Mende lagi nak citer? Tambang bas KB – Temerloh RM41.50. Nak balik kerap tu, x daya jgk. Journey about 9 – 10 hours. Laluan Dungun – Kuantan – Temerloh. Tak ikut laluan Gua Musang yg scary tu la.

Akhir kata... hehehe... mcm ucapan plak. Doa2kanlah kami supaya semuanya berjalan dgn lancar. Kesihatan nak kena jaga betul2 sbb kehadiran ke kuliah dan gerko 100% dituntut drpd kami, kecuali sakit dgn MC hospital kerajaan atau sbb2 lain dgn kebenaran Pengarah IPG. Nak kawen pun kena dpt izin Pengarah dulu.

Ada 1 sesi tu, kami dipertontonkan dgn sebuah video klip salah seorang guru lelaki KPLI yg ditempatkan di sebuah sekolah belantara di Beluran, Sabah iaitu SK Abuan. Jarak dari PPD Beluran ke sekolah tersebut adalah 350 kilometer!!! Laluan darat dan sungai. Kalau lalu di kawasan sungai yg berbatu, turun dari bot pancung, angkat bot tu utk melepasi kawasan berbatu tu. Elektrik hanya boleh digunakan 2 jam sahaja sehari utk keadaan yg benar2 memerlukan. Para penduduk setempat keluar membeli brg2 keperluan di pekan terdekat dlm lingkungan paling cepat, 3 bulan sekali dan biasanya 6 bulan sekali. Guru pelatih tersebut terpaksa belajar mencari makanan natural di hutan seperti rebung, pucuk ubi, atau tangkap sendiri ikan di sungai. Beliau juga dah belajar menanam padi bukit. Penduduk setempat menganut kepercayaan pagan. Beliau merupakan satu-satunya guru Muslim di situ. Waktu cuti, anak-anak murid beliau mengajak beliau mandi sungai. Kanak-kanak di situ dayung sendiri sampan utk ke sekolah. Hah... amacam? Ada berani???