satu trilion dolar?
Tuesday, June 22, 2010 4:13 pm
Posted by Unknown
pernah dengar 'trilion'? 'trilion dolar' pernah dengar? tak pernah? ok, makcik dapat info ni daripada jenaka.yahoogroups. berkemungkinan yg sangat besar kita tak akan mempunyai sebarang urusan dengan 'trilion dolar' ni. tapi, saja la nak kongsi maklumat tentang apa itu satu trilion dolar.
kita akan mulakan dengan wang kertas $100 yang merupakan denominasi amerika syarikat yang terbesar di dalam edaran umum. hampir semua orang pernah melihat wang ini, dan tidak semua yang memilikinya. ianya menjamin pemiliknya untuk memperolehi ramai kawan di mana sahaja dia pergi.

gambar berikut adalah satu paket wang kertas $100 dengan ketebalan kurang daripada 0.5 inci dan mengandungi $10,000. muat di dalam poket kita dengan mudah dan lebih daripada mencukupi untuk seminggu dua jika dibelanjakan untuk sedikit keseronokan.

percaya atau tidak, timbunan kecil yang berkut ini bernilai $1 milion dengan 100 paket yang berjumlah $10,000 sepaket. kita boleh menyimpan wang tersebut di dalam beg plastik sederhana besar dan berjalan-jalan sambil membawanya bersama.


anda bersedia?
ianya agak mengejutkan!
teruskan...
skrol ke bawah...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
tuan-tuan & puan-puan. saya mempersembahkan... $1 trilion.

jadi, selepas ini, apabila anda mendengar seseorang menyebut frasa "trilion dolar", itulah apa yang mereka maksudkan.
makcik.shima: 'millionaire' & 'billionaire' kita biasa dengar (walaupun mereka tak sama DNA dengan kita :)). tapi 'trilionaire' makcik tak pernah dengar lagi...