kotor VS najis

just a very short n3 from me. entah kenapa tetiba tfikir ttg "najis" dan "kotor". kebanyakan kita, malah tmasuk jgk makcik once upon a time secara umumnya mkategorikan najis dan kotor sebagai 2 perkara yg sama. namun begitu, asben makcik telah pun menerangkan bhw kedua-duanya adalah berbeza. dr segi logiknya bila difikir²kan, mmg bbeza. jika dilihat dr segi hukum jg, masih berbeza. makcik paste-kan 1 artikel yg makcik jumpa drpd web jakim. semoga ada manfaatnya. wallahu'alam.


HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori: TOHARAH Najis
Tajuk: Membersihkan Najis Mukhaffafah

Hadith:
Dari Ummu Qais binti Mihsan katanya: "Dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan anak lelakinya yang belum makan sesuatu selai dari susu ibunya; ketika anak itu dalam pangkuan Nabi s.a.w, ia terkencing. Berkata yang meriwayatkan hadith ini dari Ummu Qais, bahawa Rasulullah s.a.w tidak lebih dari memercikkan air ke tempat yang terkena kencing itu." (Muslim)

Huraian:
Islam menggalakkan kebersihan. Bersih meliputi semua perkara termasuk tubuh badan, pakaian, tempat, makan minum dan hati. Bersih bukan sahaja daripada najis bahkan juga kotoran dan segala pemandangan yang tidak menyenangkan, apatah lagi yang menyakiti. Tiap-tiap yang kotor (tidak bersih) itu tidak semestinya najis tetapi sebaliknya tiap-tiap yang najis itu adalah kotor (tidak bersih). Umpamanya pakaian yang terkena Iumpur, kopi atau kicap adalah kotor (tidak bersih). lanya tidak najis tetapi pakaian yang kotor. Najis Mukhaffafah ialah najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu ibunya sahaja. Jika kanak-kanak itu makan atau minum selain susu ibu seperti susu tepung, maka air kencing kanak-kanak itu tidak lagi dianggap sebagai najis mukhaffafah bahkan ia adalah najis mutawassitah. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merenjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
URL: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1497

waxed apples...

makcik received an email this morning. di sini makcik paste-kan. wallahu'alam sejauh mana kebenarannya. tapi, better safe than sorry. at least cuci betul² apples yg dbeli sblm dimakan.


Be Careful when eating apples
Please don't eat the skin of the apple because it's coated with wax.
Check before you eat many of the fruits.
WAX is being used for preservation purposes and cold storage.
You might be surprised especially apples from USA and other parts are more than one year old, though it would look fresh.

Becoz wax is coated, preventing bacteria to enter. So it does not get dry.
Please Eat Apples after removing the wax as demonstrated below.

Please follow this and let know others.

Hope it will be of benefit to you & others







abu... hurayrah




pictures: abu

talk about cats, eh? kalu ikut apa yg makcik pernah dgr, kata org, Rasulullah SAW sgt sayangkan kucing. sahabat baginda, Abu Hurayrah r.a. juga sayangkan kucing. makcik pulak, obsessed dgn kucing. got this behaviour from my mom, grandma n great grandma. pd makcik, those felines are amazingly cute! regardless of their breeds - longhair, shorthair, hairless. pernah semasa di kampus dulu, makcik bpuasa selama 2 minggu straight, not in Ramadhan, simpan duit utk beli friskies, feed kucing² yg sokmo mengiau dpn pintu waktu subuh. yeah, not so correct intention for the fasting, i'm aware of that. rakan² semua tau how much i'm obsessed with cats. ada sorang kawan gelarkan makcik "ummie hurayrah", which means "ibu kucing". not all of my family members have my degree of obsession towards cats.

after i got married, i can't be selfish regarding keeping cats at home. my son suffered asthma. he can't really mingle with cats. lgpun, we can't really afford to pet lots of'em. kalu yg male, masalah 'menanda kawasan' termasuk di dlm rumah - which will lead to stinks n stench that could raise uncomfortability among guests. kalu yg females, pregnant - deliver - pregnant - deliver... leh buat 1 kingdom kucing kat umah. LOL. so, we pet cat(s), but in a very limited number. mebbe sekor jantan, sekor betina, or sekor saja. usually, bila kami ada female cat yg deliver, of course with lots of twins, triplets, quadraplets... LOL... we will dispose most of them minus 1 or two. and usually, my sister n my lil son will take that responsibility coz me & hubby couldn't afford to perform that task.

until last week, we have 2 cats - oren (male) n abu (we think he's a he). we love them so much, even though their kerenah make us sick most of the times. on monday, 1st of february 2010, i brought both of them to the temerloh vet. oren kinda down. makcik bwk abu juga sbb nk minta vet verify, whether he's a he or a she. simultaneously nk bg jab utk hair fall. UNFORTUNATELY, makcik x bwk their cage. it was dirty. n i thought i can manage carrying them with my bare hands. sampai jer di klinik, ada very big dalmation di luar pintu klinik menunggu giliran utk rawatan. i had a hunch that sumthing wrong might happen. but, i submit everything to Allah. makcik kelek oren & abu. oren seemed calm, tp abu menggelupur, makcik peluk erat, tlepas jgk!!! melompat keluar pagar, masuk longkang. makcik kejar la jgk abu tu dgn oren masih dlm pelukan. makcik panggil dr atas longkang, but he gave me this look. i begged him to jump up, but he ignored me. makcik x leh tunggu lama sbb ada byk tasks yg pending. makcik bwk oren masuk utk rawatan. usai rawatan, makcik keluar lg ke longkang td utk tgk abu, if he's still there. but, Allah knows best. i couldn't see him around...

how ironic... i couldn't afford to dispose our previous cats, but now... the only conclusion there is... is that... I AM THE ONE who 'disposed' abu. i dunno why... but i always hope that one day, out of nowhere, abu could suddenly appear in our front door, just like oren did.

hukum tahlil menurut mazhab imam Syafie



mungkin ada, mungkin tiada di antara kita yg pernah tdgr ttg hukum sebenar bertahlil. di sini makcik paste-kan seluruh artikel yg makcik ambil dr web
syifa-alhidayah. sama² kita kongsikan jika ada manfaatnya. wallahu'alam.


HUKUM TAHLIL MENURUT MAZHAB IMAM SYAFIE
(BENARKAH KITA BERMAZHAB SYAFIE ATAU BERMAZHAB ORANG TUA-TUA?)

MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT

BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah sedikit daripada ayat-ayat al-Quran yang tertentu, kalimah La Ilaha Illa Allah atau Subhanaallah atau lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang Islam.

Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di kalangan orang Islam sama ada yang benar-benar mengikut mazhab Imam Syafie atau mereka yang hanya mengikut-ikut sahaja. Adalah amalan bertahlil dan doa selamat yang kononnya dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya bertentangan dengan banyak pendapat di kalangan ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat atau tidak setuju dengan amalan bertahlil dan doa selamat.

Terdapat juga ulama-ulama yang berpendapat amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan tersebut adalah sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran al-Quran (pada surah an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi serta para sahabatnya).

Di bawah ini penulis cuba membawakan sebahagian daripada pendapat ulama Safiyah berikutan masalah amalan tersebut. Pendapat-pendapat ini telah diambil dari kitab-kitab tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah hadith. Pendapat tersebut juga merupakan pegangan kuat bagi penulis.

1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah & Ulamak-Ulamak Imam Syafie.

Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu,

"Adalah, bacaan al-Qur an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri".

Serta dalam sebuah sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati".
(an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu, Syarah Mazhab ada mengatakan:

"Adalah, membaca al-Quran dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut Jumhur Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim." (as-Subuki, Taklimatul Majmu , Syarah Muhazab: juz 10,hal; 426)

Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud menggantikan sembahyang yang telah ditinggalkan oleh si mati semasa hidupnya.

2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, berkata sebagai:

"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri". (Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)

3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata:

"Rasulullah SAW telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain". (Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan:

"Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah, bahawa bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada mayat yang dikirimkan." (Al-Khazin, al-Jamal: Juz 4, hal; 236)

5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti berikut:

"Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit pun dari hasil usaha orang lain". (Tafsir Jalalain: juz 2, hal; 197)

6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Quranil Azim telah menafsirkan surah an-Najm ayat 39 sebagai, "Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah an-Najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat).

Baginda juga tidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut. Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Quran dan sunnah Rasul SAW dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama.

Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang menyentuh tentang amalan bertahlil dan pengiriman pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu, ternyata pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan mempunyai satu pandangan yang teguh iaitu mengirimkan pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati adalah tidak akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.

Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan tersebut tidak akan sampai kepada si mati. Jadi, segala amalan yang dilakukan seperti itu merupakan satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam amat melarang umatnya dari membazir.

Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil adalah dari firman Allah SWT di dalam surah an-Najm ayat 39 dan melalui hadith nabi SAW yang menerangkan bahawa apabila seseorang manusia itu mati, segala amalannya di dunia telah terputus kecuali tiga keadaan iaitu, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya. Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil dan doa selamat, kini timbul pula masalah lain iaitu di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut, "Allahumma ausil tsawaba ma waranahu ila ruhi fulan".

Maksudnya,
"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh si Fulan".
Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama telah bersepakat, pengiriman pahala melalui bacaan tidak akan sampai kepada roh yang dikirimkan kerana ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah an-Najm ayat 39.

Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini amat canggung di sisi Islam. Mana tidaknya, bertahlil atau mengirimkan pahala melalui bacaan kepada seseorang mayat merupakan satu perbuatan yang melanggar syariat Allah, tetapi kemudian dimohon pula agar tahlil tersebut diberikan pahala dan pahalanya pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh si Fulan. Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?

Petikan dari Uwais Al-Qhorni.

zikrullah...



sekadar makluman utk makcik bkongsi bsama² dgn para pbaca sekalian. semoga ada manfaatnya. wallahu'alam.


HUKUM MENGANGKAT SUARA KETIKA BERDZIKIR SETELAH SHALAT

Oleh
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani


Pertanyaan.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : "Bagaimana hukum mengeraskan suara dalam dzikir setelah shalat?"

Jawaban.
Ada suatu hadits dalam Shahihain dari Ibnu 'Abbas, ia berkata:

"Artinya : Dahulu kami mengetahui selesainya shalat pada masa Nabi karena suara dzikir yang keras".

Akan tetapi sebagian ulama mencermati dengan teliti perkataan Ibnu 'Abbas tersebut, mereka menyimpulkan bahwa lafal "Kunnaa" (Kami dahulu), mengandung isyarat halus bahwa perkara ini tidaklah berlangsung terus menerus.

Berkata Imam Asy-Syafi'i dalam kitab Al-Umm bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mengeraskan suaranya ketika berdzikir adalah untuk mengajari orang-orang yang belum bisa melakukannya. Dan jika amalan tersebut untuk hanya pengajaran maka biasanya tidak dilakukan secara terus menerus.

Ini mengingatkanku akan perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah tentang bolehnya imam mengeraskan suara pada bacaan shalat padahal mestinya dibaca perlahan dengan tujuan untuk mengajari orang-orang yang belum bisa.

Ada sebuah hadits di dalam Shahihain dari Abu Qatadah Al-Anshari bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dahulu terkadang memperdengarkan kepada para shabahat bacaan ayat Al-Qur'an di dalam shalat Dzuhur dan Ashar, dan Umar juga melakukan sunnah ini.

Imam Asy-Syafi'i menyimpulkan berdasarkan sanad yang shahih bahwa Umar pernah men-jahar-kan do'a iftitah untuk mengajari makmum ; yang menyebabkan Imam ASy-Syafi'i, Ibnu Taimiyah dan lain-lain berkesimpulan bahwa hadits di atas mengandung maksud pengajaran. Dan syari'at telah menentukan bahwa sebaik-baik dzikir adalah yang tersembunyi.

Walaupun hadits : "Sebaik-baik dzikir adalah yang tersembunyi (perlahan)". Sanad-nya Dhaif akan tetapi maknanya 'shahih'.

Banyak sekali hadits-hadits shahih yang melarang berdzikir dengan suara yang keras, sebagaimana hadits Abu Musa Al-Asy'ari yang terdapat dalam Shahihain yang menceritakan perjalanan para shahabat bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Abu Musa berkata : Jika kami menuruni lembah maka kami bertasbih dan jika kami mendaki tempat yang tinggi maka kami bertakbir. Dan kamipun mengeraskan suara-suara dzikir kami. Maka berkata Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Wahai sekalian manusia, berlaku baiklah kepada diri kalian sendiri. Sesungguhnya yang kalian seru itu tidaklah tuli dan tidak pula ghaib. Sesunguhnya kalian berdo'a kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, yang lebih dekat dengan kalian daripada leher tunggangan kalian sendiri".

Kejadian ini berlangsung di padang pasir yang tidak mungkin mengganggu siapa pun. Lalu bagaimana pendapatmu, jika mengeraskan suara dzikir itu berlangsung dalam masjid yang tentu mengganggu orang yang sedang membaca Al-Qur'an, orang yang 'masbuq' dan lain-lain. Jadi, dengan alasan mengganggu orang lain inilah kita dilarang mengeraskan suara dzikir.

Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Wahai sekalian manusia, masing-masing kalian bermunajat (berbisik-bisik) kepada Rabb kalian, maka janganlah sebagian kalian men-jahar-kan bacaannya dengan mengganggu sebagian yang lain.

Al-Baghawi menambahkan dengan sanad yang kuat.

"Artinya : Sehingga mengganggu kaum mu'minin (yang sedang bermunajat)".


[Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarrah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa AlBani.Fatwa-Fatwa AlBani, hal 39-41, Pustaka At- Tauhid]

sumber: http://www.almanhaj.or.id/content/1501/slash/0

cheese cakes


new york cheese

marble-cheese

hi-fibre cream cheese


hazel cheese


classic cheese


caramel cream cheese


blueberry cheese



mmm... kalu pasal kek, previously, makcik mmg obsessed dgn chocolate cake. especially yg fully chocolate, bkn sponge nyer. but then, since doc diagnosed makcik as a migraineur, doc kata sume food & drinks yg contain caffeine, sila jauhkan such as coffee, nescafe, all kinds of chocolates... aduiii... nikmat dunia ditarik sedikit demi sedikit. pernah skali belasah jgk kopitiam d kuantan. hah!!! x sempat smpai rumah, puncak kepala rasa mcm nk meletop!!! pastu, kurang dah la mkn cake sbb yg diminati dh xleh mkn. pastu, ada plak kwn belanja makan kek kat secret recipe. mmg ada nampak iklan kek kat secret recipe, tp nye x nok cuba sbb rasa mahal sgt 1 slice sampai RM6. (kuat makan pun bkira jgk!) dh ada org belanja, belasah jer lar. order la cheese cake sbb cheese xdek caffeine. amboi aiii... bapok la sedap-nye weh!!! lps drpd tu, asal ada duit jer tuju secret recipe. asal ada duit lebih sikit jer, tuju secret recipe! lepas tu bising badan makin bkembang. but one thing for sure, mmg so far, cheese cake secret recipe amazingly superb!!! padan la dgn harganye.

cuma... masalahnya... errrmmm... well... to be continued... hiks hiks...

source gambar:

valentine's day...

waaahhh... x lama lg dh nk 14 februari, kan. xyah cakap byk ar... majoriti org kita tau apa maksud 14 februari. pd yg xtau tu, alhamdulillah! hatinya suci bersih. tidak la nak kata yg tau tu hatinya kotor. dh kita mmg senantiasa didedahkan dgn hal valentine's day ni. sbbnye kita ni negara majmuk. x byk, sikit, tau jgk ttg adat-istiadat agama lain. normal la tu.

rasanya, ramai yg tau asal-usul valentine's day tu. in fact, dlm mainstream (i guess Mingguan Malaysia) few years back pun dah ada published. kot x tbaca, meh kita baca artikel nih. klik jer di sini.

makcik paste-kan kesimpulannya sahaja bg mereka yg xde masa nak baca pjg lebar.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”

Hukum menyambut Valentine’s Day adalah DILARANG dan DITEGAH oleh Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

Sesungguhnya Allah itu Tuhan yang Maha Penerima Taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

Antara yang sependapat dengan fatwa ini adalah
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Maljis Jawatankuasa Fatwa Selangor
- Majlis Ugama Islam Singapura

Akhir Kata

Siapalah kita yang hendak mencabar keputusan Majlis Fatwa, jika telah jelas lagi bersuluh haram menyambut Valentine, usahlah terhegeh-hegeh lagi menyambutnya. Seagong-agong tanda kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan muhrim adalah dengan ikatan perkahwinan yang sah.

makcik - xyoh ar sambut² valentine's day nih. cinta kasih sayang setiap hari, xyoh tunggu 14 februari jer.